Utusan Borneo (Sarawak)

PMW semakin maju sempena sambutan ulang tahun pertama

-

MIRI: Pullman Miri Waterfront (PMW) meraikan sambutan ulang tahun pertama penubuhann­ya di sini semalam dengan mengadakan majlis makan tengah hari istimewa.

Majlis yang dihadiri pihakpihak berkepenti­ngan bagi hotel itu turut menerima kunjungan tetamu khas, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii dan isteri Rita Lau.

Hadir sama Pengarah Urusan Interhill Group Datuk Hii Chang Pee dan isterinya yang juga Timbalan Pengarah Urusan Interhill Group Datin Lau Ngok Yung, Pengarah Eksekutif Interhill Group Albert Hu, Pengarah Interhill Group, Rogina Hii dan Ketua Pegawai Operasi Pullman Hotels Sarawak Eric Tan.

Adam dalam ucapannya mengucapka­n tahniah atas kejayaan PMW kekal utuh dan semakin maju dalam tempoh setahun beroperasi di sini.

“PMW banyak menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi dan pelanconga­n di sini kerana berbekal jenama hotel terkemuka di seluruh dunia menjadikan­nya pilihan utama pelancong asing menginap di sini.

“Bukan itu sahaja, PMW juga banyak membantu MBM dalam usaha mempromosi­kan sektor pelanconga­n yang terdapat di sini kepada pelancong,” katanya.

Sementara itu, Eric berkata dalam tempoh setahun PMW memperoleh­i kejayaan cukup membanggak­an dengan penganjura­n pelbagai acara di peringkat antarabang­sa.

“Hotel ini pernah menerima 200 delegasi dari 24 negara pada Pan- Pacific Conference Ke-33 sebelum ini, menunjukka­n ia menjadi pilihan utama acara bertaraf antarabang­sa.

“Pengurusan PMW diharap meneruskan usaha mempromosi­kan hotel ini dan bandar raya Miri khususnya kepada masyarakat seluruh dunia,” katanya.

Pada majlis itu, tetamu disajikan pelbagai juadah disediakan cef terbaik PMW.

Sebelum itu, PMW turut mengadakan parti zumba bertemakan 80- an pada 9 September lalu dihadiri 100 peserta sempena meraikan ulang tahun pertamanya.

PMW yang mula beroperasi pada 2 April 2016 dirasmikan oleh Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem pada 17 September tahun lalu.

 ??  ?? SIMBOLIK: Adam (lima kiri) memotong kek bersama barisan pengurusan Interhill Group dan PMW sempena ulang tahun pertama hotel tersebut.
SIMBOLIK: Adam (lima kiri) memotong kek bersama barisan pengurusan Interhill Group dan PMW sempena ulang tahun pertama hotel tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia