Isu sekolah daif, KGBS sokong syor Ahmad Zahid

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menyokong langkah yang disarankan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam menangani isu sekolah daif di negeri ini.

Presidennya Ahmad Malie berkata, masalah sekolah daif di Sarawak telah lama dan banyak kali dibangkitkan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), namun tindakan untuk mengatasi masalah tersebut agak perlahan.

Sehubungan itu, tegasnya, cadangan mengemukakan pakej kewangan untuk mengatasi masalah sekolah daif yang disuarakan Timbalan Perdana Menteri dilihat langkah ter- baik untuk menyelesaikan kemelut yang dialami sekolah di sini sejak sekian lama.

“KGBS menyatakan sokongan sedemikian kerana masalah sekolah daif di Sarawak telah lama dan banyak kali dibangkitkan di peringkat KPM sebelum ini, namun tindakan untuk menanganinya masih perlahan walaupun peruntukan khas untuk menambah baik sekolah daif ini telah diluluskan dalam setiap bajet.

“Justeru, KGBS menggesa pihak berwajib agar tindakan dan langkah ini dilaksanakan, jangan atas janji dan pengumuman semata- mata,” tegasnya menerusi khidmat pesanan ringkas aplikasi WhatsApp semalam.

Ahmad memberitahu, bagi KGBS janji dan pengumuman ini sewajarnya diekori dengan tempoh jangka waktu untuk memastikan tindakan dilaksanakan.

“Kalau tidak, KGBS melihat janji dan pengumuman seumpama ini seolah-olah janji tinggal janji yang akhirnya rakyat setempat akan tertunggu-tunggu projek yang diumumkan tidak muncul tiba.

“Oleh itu, KGBS menegaskan bahawa sudah sampai masanya bagi setiap janji dan pengumuman yang berkaitan perlu direalisasikan dengan segera mungkin demi kebaikan dan kebajikan semua pihak khususnya murid di sekolah daif,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.