SUPP agih Jalur Gemilang dan bendera S’wak di Pasar Sentral

Utusan Borneo (Sarawak) - - Berita Iban -

SIBU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mengagihkan Jalur Gemilang dan bendera Sarawak kepada orang ramai di Pasar Sentral Sibu kelmarin.

Program itu sempena sambutan Hari Malaysia disambut semalam.

Setiausaha Politik Ketua Menteri, Michael Tiang berkata 16 September adalah tarikh bersejarah di mana negara Malaysia terbentuk.

“Pada tahun ini, kita menyambut ulang tahun Hari Malaysia ke-54,” katanya sambil berharap rakyat Malaysia sentiasa mengingati hari yang bersejarah itu.

Beliau juga memberitahu, sejarah berkaitan Hari Malaysia tidak boleh dilupakan oleh semua rakyat.

Hadir sama Pengerusi SUPP Bawang Assan Robert Lau, Pengerusi SUPP Bukit Assek Chieng Buong Toon serta yang lain.

AGIH: Michael Tiang ( tiga kanan) bersama ahli-ahli SUPP mengagihkan Jalur Gemilang dan bendera Sarawak di Pasar Sentral Sibu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.