Pasukan SMK Lopeng Tengah wakili negeri ke TEY kebangsaan

Utusan Borneo (Sarawak) - - Berita Iban -

MIRI: Selepas bertungkuslumus beberapa bulan menjayakan projek alam sekitar, pasukan Lopeng Eco Rangers dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lopeng Tengah dipilih mewakili Sarawak ke pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) peringkat kebangsaan.

SMK Lopeng Tengah pernah menjuarai pertandingan ini pada 2013 dan merupakan antara 12 sekolah yang dipilih dari seluruh negara.

Program TEY dianjurkan UMW Toyota Motor sejak 2001 sebagai kompo- nen utama program Tanggunjawab Sosial Korporat (CSR) dan dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan bertujuan menggalak pelajar memberi idea penjagaan alam sekitar untuk manfaat sekolah dan komuniti terdekat.

Pada tahun ini, pertandingan tersebut diadakan bermula 26 Februari hingga 12 Oktober.

Kriteria penilaian dibuat berdasarkan beberapa peringkat iaitu penilaian di lokasi, blog, Facebook, persembahan pembentangan dan pameran.

Pengetua SMK Lopeng Tengah, Ng Cheng Soo berkata, selain menjuarai pertandingan utama, mereka berharap dapat memenangi kategori Laman Web Terbaik di Facebook.

Katanya, guru petugas Ting Ding Leong dan Bong Min Chaw dan pelajar turut mengedarkan risalah di kompleks beli-belah dan bangunan komersial untuk mendapatkan sokongan.

Sementara itu pasukan sekolah menamakan diri ‘Toyota Eco Rangers’ melaksanakan dua projek untuk mengurangkan jejak karbon atau carbon footprint yang mengandungi karbon dioksida dan karbon lain daripada pembakaran minyak fosil oleh individu atau kumpulan.

Toyota Eco Rangers untuk menjadikan BEM On The Rock Church sebagai tapak projek untuk mengkaji penjimatan penggunaan elektrik dan air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.