Semarak semangat patriotik pelajar sempena Hari Malaysia

Utusan Borneo (Sarawak) - - Berita Iban -

SARIKEI: Sejumlah 1,500 Jalur Gemilang telah diagih kepada enam sekolah dekat sini kelmarin.

Setiausaha Politik Ketua Menteri, Teng Ung Woo berkata, pengagihan Jalur Gemilang merupakan sebahagian usaha untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia.

“Program ini adalah satu aktiviti yang baik dalam mengembalikan memori rakyat di negara ini tentang bermaknanya Hari Malaysia itu kepada semua rakyat di negara ini.

“Ramai antara kita sudah lupa akan pentingnya Hari Malaysia ini, dan kita selaku warganegara Malysia wajar bersyukur dengan nikmat kita kecapi,” katanya.

Jelasnya, selaku warganegara bertuah dan bersyukur sewajarnya mempertahan, memperkukuh serta menyemai semangat kebangsaan agar kedaulatan negara mampu dipertahan.

Dalam program tersebut Teng bersama beberapa orang ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) telah bergerak dan mengedarkan Jalur Gemliang ke sekolah- sekolah yang ter- pilih.

Antara sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan ( SK) Sungai Paoh, Sekolah Jenis Kebangsaan ( SJK) Su Lok, SJK Su Kwong, SJK Siung Hua, SJK Sze Lu dan SJK Kiew Man.

Menurut Teng, program seumpama ini amat penting dalam memastikan nilai- nilai yang telah diperjuangkan oleh generasi terdahulu untuk membentuk Malaysia terus terpelihara dan dihargai.

Katanya, pada masa kini, ramai yang sudah lupa bahawa nikmat yang kita kecapi pada hari ini adalah hasil perjuangan generasi terdahulu, yang mana telah sanggup bergadai nyawa demi memperjuangkan hak negara serta bangsa.

“Nikmat kemerdekaan yang dikecapi negara hari ini merupakan anugerah terbesar yang sewajarnya dihargai oleh semua pihak tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa.

“Negara Malaysia satu identiti menjadi milik semua dan ia juga adalah satu agenda yang membentuk serta membolehkan rakyat hidup secara aman dan harmoni dalam satu komuniti,” tegas Teng lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.