Utusan Borneo (Sarawak)

Pemahaman Hari Malaysia perlu diperluas seiring pembanguna­n

-

KUCHING: Pemahaman sambutan Hari Malaysia perlu diperluas dalam konteks perubahan pembanguna­n bermula peringkat akar umbi terutama di kawasan kampung.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman berkata Hari Malaysia merupakan peristiwa penting kepada negara.

Menurutnya, daripada segi konteks peringkat kampung bererti penyertaan dan kerjasama membawa kepada perubahan serta pembanguna­n positif demi masa depan generasi akan datang.

“Itulah kepentinga­n negara ini, pihak kerajaan mempunyai perancanga­n untuk memastikan masa depan anak- anak di sini terjamin.

“Untuk berjaya dari segi akademik sahsiah, bidang yang diceburi, orang tua (ibu bapa) perlu pastikan landasan yang betul dilakukan oleh anak-anak,” katanya.

Fazzrudin berkata demikian ketika berucap sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kampung Sinjan di sini semalam yang turut dihadiri Ketua Kaum Kampung Sinjan, Nahrawi Mahyan.

Mengulas lanjut, beliau berkata dalam usaha menuju kejayaan, pasti berdepan cabaran.

Bagaimanap­un, jelasnya setiap dugaan dihadapi perlu dilihat daripada sudut positif kerana bukan semua perkara adalah sempurna.

Justeru, katanya, penganjura­n program sedemikian amat relevan dalam memupuk dan menyemai semangat cintakan negara serta mampu hidup dalam suasana harmoni.

“Program Hari Malaysia penting untuk kita mengingat semula dan memberitah­u mengenai perjuangan pemimpin lalu.

“Ia bukan sahaja melibatkan pemimpin di negeri tetapi di peringkat kampung yang membawa perubahan kepada kawasan kita bagi memastikan kawasan terbangun,” katanya.

Apa penting katanya, usaha sama yang dilakukan ketika ini perlu diteruskan untuk memastikan kesinambun­gan ini terus berlangsun­g.

Program Sambutan Hari Malaysia itu merupakan anjuran bersama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung ( JKKK), PBB Ranting Kampung Sinjan, Surau Darul Ikhsan, KEMAS Kampung Sinjan dan KOSPEN.

Difahamkan ia bertujuan untuk menyemai semangat patriotism­e dalam kalangan masyarakat termasuk belia.

Antara aktiviti diselitkan dalam program tersebut termasuk pertanding­an pakaian kreatif, bola sepak, gubahan, sukaneka, karaoke, pemeriksaa­n kesihatan dan penyampaia­n Anugerah Jasamu Dikenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia