Utusan Borneo (Sarawak)

Banjir: Kerajaan Pulau Pinang digesa laksanakan pembanguna­n terancang

-

GEOREG TOWN: Kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang diminta supaya melaksanak­an pembanguna­n secara terancang dan lestari di negeri ini bagi mengelakka­n kejadian banjir yang semakin kerap berlaku.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS negeri, Ahmad Safuan Ujar, berkata keadaan pembanguna­n dilakukan sekarang, tetap sukar untuk diimbangi sekalipun dengan projek tebatan banjir yang diadakan.

Menurutnya, olahan semula perlu dilakukan terhadap seluruh rancangan pembanguna­n agar Pulau Pinang tidak terus menerima banjir seperti ini.

Beliau berkata sekiranya tiada langkah konkrit diambil kerajaan Pulau Pinang, ia akan menjejaska­n ekonomi negeri di samping bidang pendidikan.

“Akibat kejadian banjir, rakyat akan menanggung kerugian dan beban daripada kerosakan yang berlaku kepada kediamaan, kenderaan dan premis di bandar ini,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Kelmarin, hujan lebat lebih lima jam dengan air laut pasang setinggi 2.1 meter telah men- gakibatkan 100 kawasan daripada kesemua lima daerah di Pulau Pinang ditenggela­mi air dan beberapa kawasan telah mengalami kejadian tanah runtuh. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERAMAH MESRA: Adnan beramah mesra bersama kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) selepas pelepasan Larian Ceria OKU sempena pelancaran Bulan Kebajikan Negara 2017 Peringkat Wilayah Persekutua­n di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama BERAMAH MESRA: Adnan beramah mesra bersama kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) selepas pelepasan Larian Ceria OKU sempena pelancaran Bulan Kebajikan Negara 2017 Peringkat Wilayah Persekutua­n di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia