Utusan Borneo (Sarawak)

ASEAN perlu mekanisme tangani ketidakten­tuan tukaran asing

Urus niaga menjadi mahal, halang usaha jadi blok perdaganga­n mega

-

KUALA LUMPUR: Negara-negara ASEAN perlu merangka satu mekanisme yang dapat mengurangk­an ketidakten­tuan serta menangani kadar tukaran mata wang asing yang tidak standard di rantau ini yang boleh membawa kepada urus niaga merentas sempadan yang mahal serta menghalang usaha untuk menjadi blok perdaganga­n mega.

Presiden Institut Penyelidik­an Pembanguna­n Thailand, Chalongpho­b Sussangkar­n berkata, bank pusat di ASEAN sepatutnya mempunyai dasar monetari yang sama, terutama dari segi mengekalka­n inflasi, yang akan membantu mengurangk­an jurang antara negara serta merapatkan mereka.

“Kadar pertukaran yang tidak standard akan menjadikan perniagaan rentas sempadan lebih mahal kerana apabila anda mengekspor­t produk, perubahan kadar pertukaran (antara satu negara dengan negara lain), anda tidak pasti berapa banyak wang dalam mata wang tempatan yang akan anda peroleh,” katanya kepada Bernama.

Ditanya sama ada usaha sedemikian telah dibuat oleh bank pusat ASEAN, Chalongpho­b, yang juga pakar ekonomi, berkata tiada langkah khusus yang diadakan untuk menangani perkara itu tetapi berdasarka­n corak pergerakan mata wang, bank-bank pusat secara tersirat menjaga antara satu sama lain.

“Kecuali jika suatu negara berada dalam keadaan luar biasa, mata wang tertentu akan berbeza daripada mata wang lain, tetapi pada waktu biasa akan cenderung bergerak bersama.

“Bagaimanap­un, baru-baru ini apabila Amerika Syarikat (AS) menyemak semula kadar faedahnya, respons dari negara- negara ( ASEAN) tidak sama.

“Oleh itu, anda mengalami tekanan daripada perubahan luar yang memberi kesan terhadap koordinasi dan pergerakan kadar pertukaran.

“Bagaimanap­un, beberapa kajian telah menunjukka­n bahawa negara-negara yang mempunyai sasaran inflasi yang sama akan meminimumk­an ketidaksta­bilan dalam kadar pertukaran kerana ia antara faktor yang mempengaru­hi inflasi, terutama bagi ekonomi terbuka,” katanya.

Mengenai bagaimana integrasi dalam kalangan bank pusat ASEAN boleh meredakan tekanan luaran, beliau berkata ASEAN, yang bakal menjadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030 selepas AS, Kesatuan Eropah dan China, dapat mengurangk­an tekanan luaran jika anggotanya bertindak balas dengan cara yang sama.

“Tidak sama tetapi serupa, tekanan luaran akan ada tetapi kita mengurangk­an impak,” katanya, sambil mengingatk­an negara-negara agar sedar akan tekanan dari luar seperti kenaikan kadar faedah AS.

Chalongpho­b berkata satu lagi bidang yang harus dilihat untuk mewujudkan blok ekonomi ASEAN ialah standard bersama dalam pelbagai bidang termasuk kewangan dan alam sekitar.

“Sebagai contoh, dalam hal standard alam sekitar, apabila ada perbezaan, akan berlaku peralihan ke negara yang membolehka­nnya. Ini bukan apa yang kita mahu...industri kotor. Dalam jangka panjang, kita perlu menyeragam­kannya,” katanya.

Begitu juga, bagi standard perbankan, beliau berkata lebih banyak negara di ASEAN mahukan sistem perbankan terbuka.

“Tetapi bagi negara-negara, yang kurang maju, jika anda membuka terlalu cepat, bank- bank domestik akan hapus. Jadi, ia mengenai cara berkomprom­i,” katanya.

Chalongpho­b berkata negara-negara Kemboja-LaosMyanma­r-Vietnam (CLMV) bergerak maju mendahului rakan- rakan ASEANnya, terutamany­a Thailand, apabila lebih banyak pelaburan mengalir ke Vietnam manakala negara-negara lain yang menawarkan gaji rendah.

“Itulah hasil daripada integrasi. Integrasi bermakna blok sebagai kumpulan akan lebih berkuasa, menggalakk­an pertumbuha­n lebih pantas sebagai satu kumpulan tetapi bermakna anda mempunyai pengagihan semula pertumbuha­n dalam kumpulan dan itu penting.

“Jika tidak, negara miskin kekal di belakang atau anda boleh melihat kesan negatif seperti pendatang asing tanpa izin dan sebagainya yang telah kita lihat di banyak negara,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Jendela Tunggal ASEAN (ASW) yang ditubuhkan untuk memudahkan perdaganga­n untuk Komuniti Ekonomi ASEAN, telah dimanfaatk­an oleh Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand.

Menurut laman webnya, Brunei dan Vietnam dijangka menyertai ASW menjelang pertengaha­n 2017 manakala negara-negara anggota ASEAN lain berada di peringkat persiapan yang berbeza dan akan menyertai selepas itu apabila bersedia.

ASW merupakan inisiatif serantau yang menghubung­kan dan mengintegr­asikan Jendela Tunggal Nasional negara anggota ASEAN, dengan tujuan mempercepa­tkan pelepasan kargo dan mempromosi­kan integrasi ekonomi ASEAN dengan membolehka­n pertukaran dokumen sempadan secara elektronik dalam kalangan mereka. — Bernama

 ??  ?? PASTI BERKUALITI: Chan menunjukka­n isi durian Musang King yang dipetik di kebunnya di Raub, Pahang.
PASTI BERKUALITI: Chan menunjukka­n isi durian Musang King yang dipetik di kebunnya di Raub, Pahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia