Utusan Borneo (Sarawak)

QinZhou tawar kepakaran majukan perusahaan tiram di Perak

-

NANNING, China: Perak akan mendapatka­n kepakaran pemaju industri penternaka­n dan perusahaan tiram di bandar QinZhou, dekat sini, untuk dimajukan di negeri itu.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata antara kepakaran yang ditawarkan oleh pihak dari wilayah Guangxi itu termasuk menguji kesesuaian air laut yang ada di Perak.

“QinZhou merupakan pengeluar terbesar tiram di wilayah Guangxi. Mereka menawarkan kepada kita bantuan teknikal untuk majukan penternaka­n tiram di Perak,” katanya kepada pemberita pada akhir lawatan kerja ke Nanning, pada Jumaat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia