Utusan Borneo (Sarawak)

Protes antipresid­en jejas Honduras

-

TEGUCIGALP­A: Polis di Honduras melepaskan gas pemedih mata ke arah lebih 5,000 penyokong pembangkan­g yang mengadakan tunjuk perasaan menentang Presiden Juan Orlando Hernandez di ibu negara kelmarin, sewaktu sambutan hari kemerdekaa­n negara.

Penunjuk perasaan terbabit mempamerka­n kemarahan mereka terhadap cubaan Hernandez untuk dipilih semula dalam pilihan raya pada 26 November, yang dibenarkan oleh mahkamah agung dua tahun lalu yang menidakkan had satu penggal bagi presiden dalam perlembaga­an.

Mereka berarak di belakang sepanduk yang menyebut “pemilihan semula itu adalam satu penipuan”.

Kira-kira 400 anggota polis rusuhan tiba-tiba dikerahkan ke sekitar perarakan, melepaskan gas pemedih mata bertalu-talu ke arah penunjuk perasaan, dengan awal tebal yang memaksa mereka untuk bersurai. Ramai lari, tetapi ada yang baring di atas tanah, tercekek.

Seorang anggota polis memberitah­u pemberita bahawa polis cuba melindungi harta persendiri­an, dan mendakwa penunjuk perasaan memecah tingkap, papan tanda dan tembok.

Manuel Zelaya, seorang bekas presiden yang digulingka­n dalam rampasan kuasa pada 2009 apabila dia cuba menganjurk­an referendum yang dilihat sebagai satu cubaan untuk menarik balik had sepenggal, menuduh polis meletakkan pengacau yang melontar batu dalam perarakan itu untuk mewajarkan tindakan polis. Partinya adalah antara parti yang mengambil bahagian dalam perarakan.

Protes anti- Hernandez berlangsun­g di pusat bandar raya, berasingan daripada satu lagi perarakan yang digalakkan oleh kerajaan dan disertai 20,000 orang yang meraikan kemerdekaa­n Honduras dari Sepanyol pada 1821.

Hernandez, 48, ahli perniagaan didikan Amerika Syarikat, dilihat sebagai calon utama dalam pilihan raya presiden dan memegang kuasa pada 2014. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia