Utusan Borneo (Sarawak)

Enam cedera angkara bom kereta

-

B E N G H A Z I : S a t u pengeboman kereta telah mencederak­an enam orang lagi termasuk empat orang kakitangan keselamata­n berhampira­n sebuah pejabat pasport di bandar kedua Benghazi di Libya kelmarin, menurut pegawai keselamata­n.

“Empat orang anggota pasukan tentera kami dan dua orang kakitangan (di jabatan pasport) telah tercedera dalam serangan yang mensasarka­n ibu pejabat jabatan tersebut,” menurut komander pasukan peronda bagi misi khas dan menangani keganasan Hamdi al-Dinali.

Beliau mempersala­hkan kumpulan penyokong pengganas di bandar pantai timur bagi serangan tersebut.

Libya telah digegarkan oleh kekecohan sejak satu kebangkita­n pada 2011 yang mengguling­kan dan membunuh diktator M u a m m a r G a d d a f i , dengan dua pihak berkuasa bermusuhan dan beberapa militia yang berebut bagi kawalan ke atas negara yang kaya dengan minyak tersebut.

Pemimpin tentera Khalifa Haftar pada Julai telah mengumumka­n kebebasan sepenuhnya bagi Benghazi, tiga tahun selepas pasukan tenteranya melancarka­n satu operasi ketenteraa­n untuk merampas bandar tersebut daripada pejuang jihad.

Haftar menyokong sebuah parlimen berpusat di timur jauhLibya,sementarak­erajaan bersatu yang disokong oleh PBB di badar utama barat Tripolicub­amempertah­ankan kekuasaann­ya di seluruh negara. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia