Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah kekal keputusan, tiga pemilik hilang tanah NCR

-

KUCHING: Tiga pemilik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) hilang tanah mereka buat selama-lamanya di Kampung Lebor, Jalan Gedong, Serian selepas Mahkamah Persekutua­n membuat keputusan bahawa Mahkamah Tinggi tidak dapat memerintah­kan pembetulan hak milik untuk mengecuali­kan tanah NCR daripada pajakan yang sudah diberikan.

Tiga responden terbabit, Tuai Rumah Nyutan Jami, Gangak Guma dan Langa Kama, tidak ada pilihan lain kecuali untuk menerima pampasan atau ganti rugi selepas keputusan itu disampaika­n oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutua­n Edwin Paramjothy Michael Muniandy semalam.

Panel Mahkamah Persekutua­n terdiri daripada Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif dan hakim-hakim Mahkamah Persekutua­n, Suriyadi Halim Omar, Zainun Ali, Balia Yusof Wahi dan Jeffrey Tan.

Ketika menyampaik­an keputusan mahkamah, Edwin Paramjothy berkata doktrin ‘indefeasib­ility of title’, yang merupakan satu ciri penting dalam Sistem Torrens, termaktub dalam Seksyen 132 Kanun Tanah Sarawak.

“Dalam kes ini, ia adalah satu fakta yang tidak dapat dipertikai­kan bahawa pajakan sementara telah dikeluarka­n pada 1996,” katanya dan menambah plaintif (responden) memfailkan pada November 1998 bahawa mereka mempunyai NCR ke atas sebahagian tanah itu yang diliputi pajakan sementara dan mahu NCR mereka dikecualik­an dari pajakan sementara itu.

Beliau menambah, Seksyen 5(2)(a) dan (b) Kanun Tanah Sarawak memperuntu­kkan, antara lain bahawa selagi dokumen hak milik tidak dikeluarka­n ke atas tanah di mana NCR telah diperolehi oleh seorang penduduk asal, ia akan terus menjadi tanah kerajaan.

Sebagai kesimpulan, kata Edwin Paramjothy, “ia adalah keputusan kami bahawa Seksyen 132 Kanun Tanah Sarawak berhubung ‘indefeasib­ility of title’ masih diguna pakai walaupun ia dapat dibuktikan bahawa NCR telah dicipta ke atas tanah dalam cara seperti ditetapkan di bawah kanun yang sama.

Beliau berkata, tuntutan bagi NCR tidak menewaskan ‘indefeasib­ility of title’ bagi tanah itu, walaupun kepentinga­n yang dinyatakan dalam dokumen pengeluara­n hak milik dikeluarka­n selepas NCR dinyatakan.

Jelasnya, asas undang- undang bagi pampasan dan ganti rugi untuk pelangagra­n dan/atau pemadamam NCR diperuntuk­kan di bawah Kanun Tanah Sarawak, yang sepatutnya diperintah­kan dalam kes ini oleh hakim perbicaraa­n.

Sementara itu, peguam See Chee How ketika ditemui di Kompleks Mahkamah di Petra Jaya di sini berkata, keputusan ini menandakan hari paling gelap (the darkest Black Friday) dalam sejarah Sarawak yang membabitka­n kes pertikaian tanah NCR, kata di sini.

Beliau berkata Mahkamah Persekutua­n membuat keputusan bahawa “apa yang dapat diperintah­kan oleh mahkamah adalah pampasan bagi kawasan (yang dipertikai­kan) itu yang sudah terbukti NCR ke atas pajakan diberikan”.

“Maka itu, satu kesilapan atau apa sahaja oleh kerajaan untuk memberikan pajakan ini dan ia dianggap sudah padam dan mereka akan membayar pampasan,” katanya selepas penyampaia­n keputusan mahkamah yang memakan masa hampir sejam.

Perayu dalam kes ini adalah TH Pelita Sadong Sdn Bhd dan TH Pelita Gedong Sdn Bhd (syarikatsy­arikat TH), RHB Islamic Bank Bhd, Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (PELITA) serta kerajaan negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia