120 artis tatu dunia berkampung di Miri, 20 hingga 22 Oktober

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

MIRI: Bandar raya Miri sekali lagi terpilih sebagai tuan rumah Konvensyen Tatu Peringkat Antarabangsa terbesar negara yang bakal diadakan di Stadium Tertutup Miri pada 20 hingga 22 Oktober ini.

Presiden Persatuan Seni Ukir Badan Sarawak, Felix Dixon memberitahu, seramai 120 artis tatu dari Rusia, Filipina, Denmark, Norway, Indonesia, Thai- land, Brunei, Singapura dan Malaysia mengesahkan penyertaan masing- masing.

“Kita juga menjangka kehadiran besar peminat seni ukir badan dan tatu dari negara luar datang ke Miri. Antaranya dari negara jiran, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Beliau ditemui selepas menerima bantuan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) untuk persatuan sebagai penganjur utama daripada Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan yang juga ADUN Senadin, Datuk Lee Kim Shin.

“Aktiviti ini peluang terbaik mempromosikan keistimewaan dan keunikan tatu Sarawak. Ini juga antara sumbangan dan usaha kami mempromosikan Miri sebagai destinasi pelancongan,” tambah Felix.

Penganjur juga menyediakan kanopi di luar stadium bagi kemudahan jualan minuman dan makanan tradisional serta jualan barangan kraftangan dan cenderahati untuk pengunjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.