Inisiatif dokumentasi pembangunan Miri

Sumbang maklumat kepada SOSWE untuk hasil buku mengenai Miri sejak 20 tahun

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan - Oleh Connie Sylvia Mesa

Pelbagai pencapaian telah kita kecapi sejak lebih 20 tahun lalu, dan saya yakin masyarakat masih ingin mengetahui lanjut mengenai perkembangan dan pembangunan yang telah kita capai dari semasa ke semasa.

MIRI: Orang awam dipelawa menyumbang maklumat dan rekod relevan kepada Pertubuhan Penulis Bahasa Inggeris Zon Utara Sarawak (SOSWE) untuk membantu menghasil buku mengenai pembangunan Miri sejak lebih 20 tahun lalu.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri ( MBM) Adam Yii berkata, MBM sentiasa menyokong sepenuhnya usaha sedemikian dalam terus membantu mempromosikan Miri yang mempunyai banyak nilai sejarah untuk tarikan pelancongan.

“MBM sentiasa mengalualukan usaha seperti ini dan saya difahamkan bahawa SOSWE mahu mendokumentasikan sejarah dan menerbitkan buku mengenai Miri terbabit berdasarkan buku ‘The Miri Vision’ yang telah dilancarkan oleh kerajaan negeri dan kumpulan syarikat Samling pada tahun 1994.

“Pelbagai pencapaian telah kita kecapi sejak lebih 20 tahun lalu, dan saya yakin masyarakat masih ingin mengetahui lanjut mengenai perkembangan dan pemban-

Adam Yii Datuk Bandar MBM

gunan yang telah kita capai dari semasa ke semasa,” katanya.

Yii berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada jawatankuasa SOSWE di pejabatnya di sini, semalam.

Hadir sama ialah Presiden SOSWE Florence Enau.

Tambahnya, penulisan mengenai perkembangan bandar raya Miri terbabit juga sejajar sempena dengan Tahun Melawat Miri 2018.

Terdahulu, Setiausaha SOSWE Jennie Soh memberitahu, pihaknya telah didekati oleh warga Miri juga Pengarah Boulevard Shopping Mall Miri, Roland Tan untuk menulis mengenai pembangunan Miri selama lebih 20 tahun berkenaan.

“Setelah melihat idea diberikan Roland, kami berbesar hati bersetuju bagi melaksanakan usaha terbabit secara sukarelawan.

“Diharapkan usaha ini mendapat sokongan daripada kesemua pihak untuk berkongsi dan menyalurkan maklumat, rekod mahupun gambar lama bagi rujukan penulisan buku itu kelak terutamanya sempena dengan Tahun Melawat Miri pada tahun depan,” ujarnya.

Pihak SOSWE katanya merancang untuk melengkapkan penulisan mengenai buku Miri terbabit dalam tempoh enam hingga sembilan bulan.

Antara penulisan yang akan diselitkan dalam buku terbabit ialah Feri Hospital (1970), Feri Lutong ( 1940), Kelab Gymkhana Miri (1913), Jeti Miri, Jalan Bendahara ( 1950), Grand Old Lady, Pulau Melayu, Bandaraya Miri (1980), Bukit Kanada, Pejabat Daerah dan Residen Miri, Lambir, Jambatan Lama Lutong, perhentian bas Miri, hospital lama Miri dan lain-lain lagi.

Mereka yang ingin menyalurkan maklumat berkaitan atau untuk pertanyaan, boleh e- melkan kepada soswe1997@gmail.com atau jsohyankhoon@gmail.com.

Mengenai pertubuhan SOSWE, boleh dilayari di laman sesawang http://soswe. org atau laman Facebook Society of English Writers Northen Zone.

UNTUK PEMBANGUNAN MIRI: Adam Yii (tiga kiri) bergambar bersama Roland Tan (kiri) dan jawatankuasa SOSWE pada sesi kunjungan hormat di pejabatnya di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.