Maureen dilantik Ketua Balai BBP Marudi baharu

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

MIRI: Satu majlis penyerahan tugas melibatkan tiga jawatan diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng di sini, semalam.

Pada majlis tersebut, Penolong Penguasa Bomba ( PPgB) Maureen Sim Ah Lian menerima nota serah tugas sebagai Ketua Balai BBP Marudi dari PPgB Zulbada Alior.

Manakala Zulbada pula dilantik sebagai Pegawai Operasi Zon 6 Miri menggantikan PPgB Mohd Nazmi Nawang yang bertukar tugas sebagai Ketua Bahagian Kesedaran Awam Zon 6 Miri.

Jawatan Ketua Bahagian Kesedaran Awam Zon 6 Miri sebelum ini disandang oleh Maureen.

Majlis penyerahan tugas itu disaksi Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Miri Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I) Law Poh Kiong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.