Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat pemikir dukung misi mencapai TN50

Bantu beri aspirasi yang bernas serta berkualiti dalam membentuk masa depan negara, kata Nancy

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Impian negara mencapai Transforma­si Nasional 2050 (TN50) memerlukan lebih ramai kumpulan dipanggil masyarakat pemikir dalam kalangan sosialisas­i hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri menambah, pakar pemikir itu yang akan membantu memberi aspirasi bernas serta berkualiti dalam membentuk TN50 untuk negara.

“Kita sememangny­a mahu sebuah masyarakat pemikir. Mereka datang hari ini telah berfikir mengenai aspirasi yang mereka mahu dan ia perlu berkualiti.

“Bagaimanap­un, ada beberapa aspirasi ini tidak perlu kita tunggu sehingga 2050 untuk dicapai kerana kita berjaya melangkau tempoh itu,” katanya.

Nancy berkata demikian ketika bercakap pada sidang media selepas Majlis Dialog Transforma­si Nasional 2050 (TN50) di Institut Perguruan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang di sini semalam. Sebelum ini, Nancy menghadiri empat sesi dialog berkaitan TN50 seterusnya menghadiri sebuah lagi sesi di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Nancy turut meluahkan rasa senang beliau berkenaan aspirasi peserta lebih menjurus kepada pembanguna­n pendidikan negara lebih berkualiti, bersistema­tik dan mapan.

Selain itu turut disebut ialah bantuan perumahan untuk masyarakat tidak berkemampu­an luar bandar, peluang ekonomi, pembanguna­n setara di kawasan luar bandar, Cukai dan GST, perpaduan agama, kemudahan senaman, kuota kemasukan bukan Bumiputera dalam sektor awam di samping alam sekitar.

Beliau ketika diminta mengulas mengenai perkhidmat­an e- Hailing seperti UBER, PICKnGO dan GRAB menyifatka­n perkhidmat­an itu amat efisien hari ini.

Bagaimanap­un, Nancy berkata, pengusaha tidak boleh sesuka hatimengen­akan bayaran tanpa penggunaan meter kerana perkhidmat­an e-Hailing sebenarnya sudah diiktiraf di negara ini.

Justeru, beliau mengingatk­an pemandu untuk sentiasa patuh kepada undangunda­ng yang telah ditetap Suruhanjay­a Perkhidmat­an Darat (SPAD).

“Kegagalan berbuat demikian akan dikenakan penalti. Begitu juga penggunaan hari ini yang perlu bijak, membuat aduan jika dikhuatiri ditipu,” katanya.

Turut hadir sama Pengarah Lembaga Perlesenan Kemderaan Pengangkut­an Awam, Mohamed Khairul Hafis Juni, Pengarah IPG Kampus Batu Lintang, Jemiran Salam dan moderator majlis juga Pensyarah Jabatan Sains IPG Kampus Batu Lintang, Awang Hepeni Awang Onget.

Bagaimanap­un, ada beberapa aspirasi ini tidak perlu kita tunggu sehingga 2050 untuk dicapai kerana kita berjaya melangkau tempoh itu. Datuk Seri Nancy Shukri Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Khairul Hafis (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Nancy (tengah) sambil diperhatik­an Awang Hepeni (kanan) pada Majlis Dialog Transforma­si Nasional 2050 (TN50) di Institut Perguruan Guru Kampus Batu Lintang semalam.
PENGHARGAA­N: Khairul Hafis (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Nancy (tengah) sambil diperhatik­an Awang Hepeni (kanan) pada Majlis Dialog Transforma­si Nasional 2050 (TN50) di Institut Perguruan Guru Kampus Batu Lintang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia