Lelaki mengaku salah guna dadah dipenjara enam bulan

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

MIRI: Seorang banduan dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret semalam kerana kesalahan memiliki dadah berbahaya jenis Methamphetamine.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuasakan mulai tarikh jatuh hukuman semalam.

Hukuman itu dijatuh Majistret Zuraini Ali Musa sete- lah Muhammad Zakaria Abdul Rahman Chung mengaku bersalah atas tuduhan dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikena denda RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh sebagai seorang bukan diberi kuasa sah di bawah ADB 1952, didapati ada memiliki dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat bersih 0.21 gram.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 11.20 pagi, 24 Februari 2014 di hadapan sebuah hotel bajet di Jalan Sri Dagang di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.