Utusan Borneo (Sarawak)

Miliki basikal curi, lelaki didenda RM4,000 atau tiga bulan penjara

-

MIRI: Gara-gara memiliki sebuah basikal curi, seorang lelaki didenda RM4,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret semalam.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah Tan Hua Kui mengaku bersalah terhadap tuduhan dibaca ke atasnya mengikut Sek- syen 411 Kanun Keseksaan.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh didapati dengan curang telah memiliki harta curi iaitu sebuah basikal lumba jenama Polygon ber- nilai RM5,000 merupakan kepunyaan Azrin Mohamad Effandy, 33.

Tan, 35, dari Taman Interhill di sini didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah kedai di Pusat Komersil Bintang Jaya di sini.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia