Pagar elektrik kurangkan gangguan gajah liar di DUN Bayu

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

BALING: Pagar elektrik bagi mengelakkan ancaman gajah liar termasuk memusnahkan tanaman penduduk kampung telah pun siap dipasang di tiga lokasi di kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Bayu di sini.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pagar itu dipasang sepanjang 3.5 kilometer di setiap lokasi berkenaan iaitu di Kampung Seri Ketengga di Batu Lapan, Tanjung Pari dan Rambong di Batu Tujuh.

“Kos memasang pagar elektrik setiap 3.5 kilometer itu bagi setiap lokasi itu berharga RM20,000. Proses memasang pagar elektrik tersebut dilakukan sejak dua bulan lalu di tiga lokasi berkenaan.

“Tindakan memasang pagar elektrik adalah langkah jangka panjang bagi mengelakkan kemusnahan berterusan ke atas tanaman pisang, tebu dan kelapa sawit yang diusahakan penduduk di kawasan yang terlibat,” katanya katanya selepas merasmikan pagar elektrik berkenaan, kelmarin.

Abdul Azeez berkata pihaknya mendapat aduan penduduk yang melaporkan terdapat sekurang-kurangnya enam ekor gajah liar berkeliaran di kampung mereka sehingga berasa terancam pada waktu malam.

Beliau berkata sehubungan itu buat masa ini pihaknya akan melihat keberkesanan penggunaan pagar elektrik itu dalam waktu terdekat sebelum mengambil langkah lain sekiranya masalah berkenaan masih tidak dapat diatasi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.