Utusan Borneo (Sarawak)

Montella perlu pastikan AC Milan menang

-

Horn menjulang tali pinggang kejuaraan selepas menumpaska­n Pacquiao untuk meraih gelaran juara welterweig­ht WBO pada perlawanan 3 Julai lepas. MILAN: Tekanan pasti dirasai Vincenzo Montella apabila AC Milan cuba melancarka­n musim mereka dalam perlawanan menentang musuh tetangga Inter dalam perlawanan antara dua pasukan yang dimiliki orang China pada malam esok (Ahad).

Perlawanan itu malah jauh lebih signifikan lagi kerana kedua- dua pasukan kini berada di bawah pemilikan orang China – Inter yang dibiayai Suning Group manakala Milan dibiayai Rossoneri Sport Investment Lux Group.

Kali terakhir kedua-dua gergasi Milan itu berentap dalam perlawanan ‘ Derby della Madonnina’ adalah pada 15 April lalu, setelah Li Yonghong melengkapk­an pengambila­lihan AC Milan untuk meletakkan kedua-dua pasukan di bawah pemilikan orang China.

Ia adalah perlawanan yang dramatik dengan gol penyamaan Cristian Zapata dalam masa kecederaan yang merampas satu mata genting untuk memelihara peluang Milan memenangi tempat dalam Liga Europa.

Kedua- dua pasukan – yang berkongsi Stadium San Siro di pinggir barat ibu kota kewangan dan perindustr­ian Itali itu – telah menyaksika­n nasib mereka merosot sejak beberapa tahun lalu.

Namun bagi pemilik baharu dari Asia, sekarang adalah masa untuk mendapatka­n keuntungan daripada pelaburan mereka yang bernilai jutaan euro dengan kejuaraan Serie A terakhir Milan pada 2011 dan Inter kemarau kejuaraan sejak ‘treble’ pada 2010.

Sementara Inter yang belum tewas ketinggala­n hanya dua mata sahaja di belakang pendahulu Napoli selepas tujuh perlawanan dalam kempen ini, pasukan Montella pula sudah mencatatka­n tiga kekalahan, mutakhir di stadium sendiri kepada Roma dua minggu lalu.

Selepas cuti antarabang­sa, tempoh tiga minggu akan datang akan menentukan nasib Montella dengan tujuh perlawanan berturut-turut termasuk Juventus pada 28 Oktober dan aksi dalam Liga Europa menentang AEK Athens.

“Perlawanan tetangga ini amat penting,” kata jurulatih Montella ketika Milan cuba mengurangk­an jurang tujuh mata dengan pasukan Luciano Spalletti. “Kami perlu menang dengan apa jua cara, dan permainan yang meyakinkan adalah lebih baik tetapi ia juga tidak apa walaupun dengan gol jaringan sendiri.

“Kami perlu lebih licik berbanding ketika menentang Roma.”

Pemain tengah Inter Milan, Antonio Candreva – yang menjaringk­an gol penting dalam kemenangan kelayakan Piala Dunia oleh Itali di Albania – percaya dia dapat sekali lagi membawa perbezaan.

Pendahulu Napoli bertandang ke Roma manakala juara bertahan Juventus melayan kunjungan Lazio pada malam ini (Sabtu) sebelum perlawanan Liga Juara-Juara pada minggu depan di Eropah.

Napoli mengutip 21 mata maksimum dari tujuh perlawanan manakala Roma ketinggala­n enam mata di belakang dengan kelebihan baki satu perlawanan.

“Ia adalah pertarunga­n yang langsung untuk tempat teratas,” kata pemain tengah Roma, Lorenzo Pellegrini.

Dalam perlawanan pada bahagian tengah liga, Fiorentina menerima kunjungan Udinese, hanya satu tempat sahaja di bawah mereka di tempat ke- 12, manakala SPAL bertandang ke Bologna dan Crotone melayan kunjungan Torino.

Cagliari menerima kunjungan Genoa di Sardinia manakala Benevento melawat Verona, ketika kedua-dua pasukan masih memburu tiga mata pertama mereka pada musim ini.

— AFP

 ??  ?? JUARA DUNIA:
JUARA DUNIA:
 ??  ?? MONTELLA
MONTELLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia