Enam atlet petanque terbaik

Mereka dipilih mewakili Sarawak ke kejohanan kebangsaan

Utusan Borneo (Sarawak) - - Sukan - Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Empat atlet petanqueterbaikperseorangan danduaterbaikacara‘shooting’ dipilih mewakili Sarawak ke Kejohanan Petanque Remaja KebangsaandiArenaPetanque Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Oktober ini.

Empat atlet itu terdiri Muhammad Hafsyam Mohamad Sardi, Ahmad Zaim Zen, Alif Zayo Zen dan Mohd Zakir Zul, manakala dua atlet acara ‘shooting’ ialah Amir Zahir Zen dan Mohd Zulkernain Zaidil.

Pengurus pasukan Sarawak diterajui oleh Janudin Ab Rahman dan jurulatihnya, Ubaidillah Abdul Hamid.

Terdahulu, Kejohanan Petanque Remaja Peringkat Negeri Sarawak berlangsung pada 7 dan 8 Oktober di Gelanggang Petanque MAKSAK Bintulu.

Kejohanan itu menyaksikan Ahmad Zaim Zen merangkul juara kejohanan tersebut.

Hadiah-hadiah pemenang disampaikan oleh Timba- lan Presiden Persekutuan Petanque Malaysia merangkap Presiden Persatuan Petanque Negeri Sarawak (PEPSAR), Othman Mat.

Turut hadir Setiausaha PEPSAR merangkap pengerusi penganjur, Janudin Ab Rahman, Ketua Arbiter, Asri Termizi dan Presiden Persatuan Petanque Sibu, ASP Zamani Mohd.

Dalam ucapan ringkasnya, Othman berkata enam atlet petanque yang terpilih mewakili Sarawak ke kejohanan peringkat kebangsaan itu akan bersaing dengan atlet-atlet petanque seluruh negara bagi memilih empat lelaki perseorangan dan dua lelaki ‘shooting’ ke kejohanan perseorangan remaja dunia di Kaihua, China dari 4 hingga 12 November depan.

Sementara itu, Janudin berkata PEPSAR dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) menganjurkan Kursus Sains Sukan Tahap Satu di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Saratok (MDS) pada 17 hingga 21 Oktober ini.

“Kursus itu turut mendapat kerjasama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan dan Institut Sukan Negara (ISN) Kuala Lumpur dijangka disertai 60 peserta,” katanya.

Beliau berkata, pada 2 Disember nanti diadakan acara pemilihan atlet- atlet Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018 peringkat negeri di Bintulu.

TAHNIAH: Pemenang kejohanan petanque remaja peringkat negeri Sarawak bersama penganjur kejohanan.

— Gambar AFP

PADU: Sharapova semasa beraksi menentang Voegele pada aksi suku akhir tenis wanita perseorangan Terbuka Tianjin di China.

JUARA: Othman (empat kanan) menyampaikan hadiah kepada Ahmad Zaim yang menjuarai kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.