MotoGP: Dovizioso dominasi dua latihan bebas

Utusan Borneo (Sarawak) - - Sukan -

MOTEGI: Pelumba Ducati, Andrea Dovizioso, mencatatkan masa terpantas dalam dua latihan bebas semalam yang dibasahi hujan untuk Grand Prix MotoGP Jepun manakala juara dunia Mac Marquez jatuh terpelanting pada sebelah petang.

Pelumba Itali itu mencatatkan satu minit 54.877 saat di Motegi dengan pendahulu kejuaraan Marquez 0.2 saat lebih perlahan walaupun hilang kawalan ke atas Honda yang dipandunya dalam keadaan basah.

Aleix Espargaro mengemudi motosikal Aprilia untuk mencatatkan masa ketiga terpantas pada petang semalam, dengan masa pusingan lewat 1: 55.061, manakala juara dunia kelas perdana sebanyak t u j u h k a l i d a r i pas- ukan Yamaha, Valentino Rossi, mencatatkan masa ke-12 terpantas ketika dia meneruskan kepulangannya dari keretakan kaki berganda.

Marquez dari Sepanyol menunggang motosikal paling cepat dalam sesi pagi yang dibahayakan oleh hujan, dan masanya 1:55.418 masih yang terbaik sebelum Dovizioso menghasilkan pusingan terpantasnya sesuku jam selepas latihan petang bermula.

Pelumba Ducati, Jorge Lorenzo, keempat terpantas apabila juara dunia tiga kali itu memintas penunggang Yamaha, Johann Zarco, dan Danilo Petrucci dari pasukan Ducati.

Marquez memenangi kejuaraan dunia ketiganya di Jepun pada tahun lepas setelah Rossi dan Lorenzo terbabas.

Dia membuka kelebihan 16 mata ke atas Dovizioso dalam kejuaraan pada tahun ini dengan kemenangan kelimanya bagi musim ini di perlumbaan Aragon pada bulan lepas. — AFP

— Gambar AFP

PRESTASI MANTAP: Dovizioso selesai menjalani latihan bebas dalam keadaan basah kuyup selepas dilanda hujan menjelang MotoGP Jepun di Litar Twin Ring Motegi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.