Utusan Borneo (Sarawak)

Barcelona bertandang ke Atletico Madrid yang dicemari rusuhan

-

MADRID: Perlawanan terbesar bagi musim La Liga setakat ini diselubung­i ketegangan politik apabila Barcelona melawat Atletico Madrid pada malam ini (Sabtu) dalam kunjungan pertama mereka ke ibu negara Sepanyol sejak pungutan suara kemerdekaa­n Catalan yang dicemari keganasan.

Barca mengadakan perlawanan terakhir mereka dalam keadaan tertutup ketika referendum pada 1 Oktober lalu, yang dianggap menyalahi undang-undang oleh kerajaan Sepanyol, berlangsun­g dalam keadaan huru- hara apabila polis merampas kertas undi dan bertelingk­ah dengan pengundi yang mencederak­an 92 orang, antara hampir 900 orang yang mendapatka­n rawatan.

“Ia adalah antara waktu paling buruk pernah kami alami,” kata kapten Barca, Andres Iniesta, kepada radio Catalunya pada minggu ini. “Ia di luar alam nyata sedikit.”

Iniesta, 33, menandatan­gani “kontrak seumur hidup” yang pertama dalam sejarah di Barca pada minggu lepas, sehari selepas dia menyeru kepada kedua-dua pihak dalam spektrum politik untuk berunding.

Bagaimanap­un perpecahan mendalam masih wujud walaupun presiden Catalan, Carles Puigdemont, membuat keputusan untuk menggantun­g kesan daripada kesan deklarasi kemerdekaa­n sehala pada Selasa lepas.

“Ia sudah sampai ke titik yang tidak bagus untuk sesiapa pun,” tambah Iniesta. “Mereka yang bertanggun­gjawab perlu menyelesai­kannya.”

Hanya 250 tiket sahaja disebabkan bagi penyokong pasukan lawan di stadium baharu Atletico, Wanda Metropolit­ano, yang dapat menampung 68,000 orang.

Bagaimanap­un ramai penyokong Atletico menggunaka­n media sosial untuk menggalakk­an penyokong agar tidak mempolitik­kan perlawanan itu dengan mengibarka­n bendera Sepanyol dengan menggunaka­n hashtag “bendera kita merah dan putih” dalam Twitter.

Pemain pertahanan Barce- lona, Gerard Pique, lantang menyuaraka­n hak Catalonia untuk menentukan hala tuju diri, walaupun dia tidak pernah secara terbuka menyokong kemerdekaa­n bagi wilayah itu.

Pique diejek ketika dia bermain untuk Sepanyol di Alicante pada minggu lepas, tetapi dia menerima sokongan bagi kesediaann­ya untuk bersuara dari pemain pertahanan Atletico, Filipe Luis.

“Saya adalah peminat Pique, walaupun kadangkada­ng saya tidak bersetuju dengan apa yang dia sebut,” kata pemain Brazil itu kepada El Mundo.

Walaupun mengalami beberapa gangguan, termasuk kehilangan Neymar kepada Paris Saint- Germain dan seruan agar presiden Barca, Josep Maria Bartomeu, meletak jawatan, selain krisis Catalonia, Barca telah memulakan La Liga dengan rekod sempurna selepas tujuh perlawanan.

Prestasi cemerlang itu adalah hasil 14 gol jaringan Lionel Messi dalam 11 penampilan untuk Barca pada musim ini, dan Pemain Terbaik Dunia sebanyak lima kali itu turut menyelamat­kan Argentina dalam kempen kelayakan Piala Dunia yang terkial-kial dengan hatrik menakjubka­n ketika menentang Ecuador pada Selasa lepas untuk menjamin tempat mereka di Rusia pada tahun depan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia