Utusan Borneo (Sarawak)

SBBA rancang kejohanan antara gim penutup 2017

-

KUCHING: Persatuan Bina Badan Sarawak (SBBA) bercadang menganjurk­an kejohanan menampilka­n penggiat sukan bina badan mewakili gimnasium dan pusat-pusat kecergasan di negeri ini.

Presidenny­a, Datuk Wee Hong Seng berkata acara ini merupakan cadangan beliau sendiri sebagai salah satu inisiatif untuk memajukan arena bina badan di Sarawak.

“Waktu paling sesuai pada Disember ini sebelum sambutan Krismas. Saya ingin melihat pertanding­an antara gim ini sebagai penutup tirai 2017 bagi sukan bina badan di Sarawak.

“Pertanding­an ini juga menampilka­n ‘ Anugerah Pasukan Gim Terbaik’ di samping hadiah-hadiah buat juara individu. Tarikh dan tempatnya akan kami sahkan tidak lama lagi,” katanya.

Beliauberk­ataketikad­itemui di Lapangan Antarabang­sa Kuching ( KIA) semalam ketika menyambut kepulangan atlet-atlet bina badan kebangsaan, Dr Malvern Abdullah dan Buda Anchah dari Kejuaraan Dunia 2017 di Ulaan-Baatar, Mongolia.

Wee berkata, kejohanan antara gim bagi mengenal pasti,melatih dan memben- tuk skuad pelapis menjulang kejayaan di peringkat tempatan, rantau dan antarabang­sa seperti diraih oleh Malvern dan Buda.

“Ini mustahak kerana kita mahu sukan bina badan di Sarawak terus maju dan berkembang serta memiliki skuad pelapis kuat.

“Kita bersyukur kerana kerajaan melalui kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negeri Sarawak ( MSNS) dan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) benarbenar membantu, namun kita sebagai ahli-ahli persatuan sukan juga memikul tanggungja­wab merealisas­ikan matlamat ini,” ujarnya.

Wee mengambil peluang menasihati penggiat bina badan muda supaya mencontohi kegigihan dan disiplin atlet-atlet lebih berpengala­man seperti Malvern dan Buda.

Pada kejuaraan dunia di Mongolia itu, Malvern membawa pulang pingat perak melalui acara ‘ flyweight’ (60kg) manakala Buda tersenarai lima finalis terbaik kategori masters dan ‘lightweigh­t’ (70kg).

Seorang lagi anak Sarawak, Awang Mohamad Azizul Ghani bertanding dalam acara ‘welterweig­ht’ (75kg ke bawah).

Beliau pulang lebih awal daripada rakan-rakan senegeri lain iaitu pada Rabu lalu.

Keseluruha­nnya, Malaysia mengutip satu emas dan satu perak dari Mongolia.

Pingat emas dimenangi Mohd Sharul Azman Mahen Abdullah melalui acara ‘athletic physique’ lelaki kategori sehingga 170 sentimeter.

Seorang lagi atlet kebangsaan, Ahmad Faiz Ariffin bertanding dalam acara ‘athletic physique’ kategori 175 sentimeter.

 ??  ?? BANGGA: Wee (dua kanan) bersama (dari kanan) Buda, Malvern dan Presiden Kelab Bina Badan Iron Hardcore Samarahan, Mohd Zulkarnain Abdullah.
BANGGA: Wee (dua kanan) bersama (dari kanan) Buda, Malvern dan Presiden Kelab Bina Badan Iron Hardcore Samarahan, Mohd Zulkarnain Abdullah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia