BIDAAN DUA KEJOHANAN BERJAYA

Sarawak bakal menjadi tuan rumah bagi dua kejohanan besar bertaraf dunia pada 2019

Utusan Borneo (Sarawak) - - Front Page - Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: I mpian Sarawak untuk menjadi tuan rumah bagi dua kejohanan besar bertaraf dunia tercapai selepas berjaya dalam bidaan kedua-dua kejohanan tersebut.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memberitahu dua kejohanan tersebut iaitu Kejohanan Olahraga Asian Masters Ke21 dan Kejohanan Renang Dunia Paralimpik.

Malah, beliau berkata dua kejohanan besar dwitahunan itu diadakan di Kuching penghujung 2019.

“Saya ingin mengumumkan bahawa kita berjaya bidaan menjadi tuan rumah bagi dua kejohanan besar iaitu Kejohanan Olahraga Masters Asia dan Kejohanan Renang Paralimpik Dunia yang akan diadakan di Kuching pada 2019,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Hadir sama Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan dan Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Dr Ong Kong Swee.

Mengulas lanjut kejohanan itu, Abdul Karim berkata Kejohanan Olahraga Masters Asia Ke-21 dijadualkan diadakan pada Disember 2019 melibatkan lebih 2,000 atlet dari 30 buah negara.

“Manakala bagi Kejohanan Renang Paralimpik Dunia diadakan pada Julai atau Ogos 2019 bakal disertai 80 negara juga melibatkan lebih 2,000 atlet.

“Sarawak belum pernah menjadi tuan rumah kejohanan bertaraf dunia melibatkan lebih 80 negara untuk kedua- dua kejohanan ini, kita berusaha memberi yang terbaik sebagai penganjur,” jelasnya.

Pada masa sama, Abdul Karim memberitahu ke- jayaan itu bukan sahaja berita gembira buat badan sukan di negeri ini tetapi kepada pemain-pemain industri pelancongan di Sarawak.

“Kejohanan besar ini sudah pastinya membawa ramai pelancong datang ke Sarawak dan inilah harapan kita kerana kita sudah melihat sukan ini bukan sahaja sebagai su- kan tetapi juga sebagai pelancongan,” tambahnya.

Selain itu, beliau memberitahu satu jawatankuasa pengurusan ditubuhkan turut melibatkan pihak swasta supaya kejohanan tersebut tidak ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Menyentuh tentang penglibatan sukarelawan, Abdul Karim berkata, pihaknya masih menyimpan data sukarelawan yang terlibat dalam temasya Sukan Malaysia ( SUKMA) lalu selain pelajar-pelajar institut pengajian tinggi yang mengambil kursus pengurusan acara.

Pada tahun ini, Kejohanan Olahraga Masters Asia Ke20 diadakan di China manakala Kejohanan Renang Paralimpik Dunia di Mexico.

Sarawak belum pernah menjadi tuan rumah kejohanan bertaraf dunia melibatkan lebih 80 negara untuk kedua-dua kejohanan ini, kita berusaha memberi yang terbaik sebagai penganjur. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

ACARA BESAR: Abdul Karim ditemani (dari dua kanan) Dr Ong dan Snowdan bersama tetamu menunjukkan bendera rasmi Kejohanan Olahraga Asian Masters Ke-21 di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.