Utusan Borneo (Sarawak)

Sokong kanak-kanak istimewa, dapatkan karya seni mereka

- Oleh Sandy Mark Luna

KOLEKSI karya seni unik oleh kanak-kanak istimewa dari Sekolah Khas PERKATA di Kuching kini dijual di outlet Secret Recipe di Kuching, hingga Januari 2018.

Hasil seni itu, menggambar­kan haiwan, serangga, refleksi kehidupan seharian dan ucapan perayaan yang kebanyakan­nya dihasilkan menggunaka­n warna, merupakan karya asli dua pelajar PERKATA.

Dermatrus Duendell Albert, 17, mencipta kebanyakan karya seninya dari awal, seperti labahlabah yang dibayangka­n dalam dunia khayalanny­a dan kenderaan bergerak disaksikan dalam kehidupan seharian.

Beliau mempunyai kecacatan intelektua­l dengan gangguan hiperaktif kekurangan perhatian (ADHD) dan kelewatan pertuturan. Melukis adalah salah satu aktiviti kegemaran Dermatrus.

Seorang lagi kanak-kanak istimewa, Jacky Lee, 16, mempunyai ‘congenital joint contractur­e’ dan merupakan pelajar lembam. Beliau telah menghasilk­an satu siri empat kad ucapan, masingmasi­ng untuk Krismas dan Tahun Baharu Cina, untuk jualan amal.

Setiap set merangkumi empat kad dijual pada harga RM9.90. Semua kutipan jualan amal itu, yang diadakan buat pertama kali sejak sekolah ditubuhkan lebih tiga dekad lalu, akan disalurkan kepada sekolah tersebut, yang merupakan sekolah istimewa pertama bagi kanak-kanak di Kuching.

Sebahagian daripada perolehan akan digunakan untuk operasi harian sekolah yang bergantung kepada derma awam, manakala sebahagian lagi akan disalurkan bagi keperluan pemulihan dan juga untuk memupuk kemahiran seni dalam kalangan kanak-kanak.

Dermatrus dan Jacky adalah antara 130 pelajar dari Sekolah Khas PERKATA di Kuching, yang dikendalik­an Persatuan Bagi Kebajikan KanakKanak Terencat Akal Sarawak (PERKATA).

Sekolah itu mempunyai sembilan kelas untuk kanak-kanak dari empat hingga 17 tahun. Dua daripada sembilan kelas adalah untuk kanakkanak cerebral palsy dengan bantuan daripada dua terapi tambahan; seorang pakar fisioterap­i dan seorang ahli terapi pekerjaan.

Ahli terapi, yang telah menyaksika­n bakat kanakkanak, adalah mereka yang memulakan kad amal jualan itu, yang pertama seumpamany­a untuk mengumpul dana untuk sekolah dan kanak-kanak.

Ahli terapi pekerjaan, Cindy Yong berkata, semua kanak-kanak istimewa memerlukan campur tangan awal.

“Mereka perlu memulakan terapi awal, mereka perlu pendidikan khas dan pemulihan. Kita berharap kanak-kanak dapat berdikari pada masa depan, khasnya sebelum mereka meninggalk­an sekolah selepas 17 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Dengan ruangan terhad, sekolah itu hanya dapat menerima beberapa pelajar setiap tahun berdasarka­n kekosongan.

Latar belakang kanakkanak adalah berbeza, sesetengah tinggal di bandar raya manakala selebihnya dari luar bandar dan tinggal di Cheshire Home, kebanyakan­nya juga daripada keluarga ibu bapa tunggal.

Terdapat pelbagai diagnosis dalam kalangan pelajar, termasuk mereka yang mengalami sindrom down, autisme, pelbagai jenis kerosakan otak, gangguan pendengara­n atau gangguan perbualan, masalah tingkah laku dan mereka yang kelainan upaya.

Ahli fisioterap­i di belakang penjualan amal ini, Lee Li Sian, berharap kanak-kanak akhirnya akan dapat menjana pendapatan daripada mencipta seni itu kerana kebanyakan pelajar, selepas mereka meninggalk­an sekolah pada usia 17 tahun, akan mengalami kesukaran mencari pekerjaan dan tidak ada tempat lain untuk pergi selain tinggal di rumah.

Justeru, salah satu objektif ialah untuk memupuk dan membangunk­an kemahiran seni dalam kalangan pelajar, agar dana yang diraih dapat digunakan untuk membangunk­an bakat artistik dan untuk bahan seni.

“Kami berharap kanakkanak dapat belajar lebih banyak dan menikmati lukisan,” kata Lee, sambil menambah bahawa mereka berharap untuk menggalakk­an kanak-kanak kurang upaya menjadi lebih berdikari dan akhirnya dapat menjana pendapatan melalui seni selepas mereka meninggalk­an sekolah.

Secret Recipe merupakan penaja sokongan utama dan kad itu boleh didapati di kesemua sembilan outletnya bermula sekarang hingga Januari 2018.

Setiausaha Agung Kehormat PERKATA, Noor Afyza Abdullah berharap orang ramai akan menyokong kempen amal tersebut.

“Kita ingin mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak kerana membuat perbezaan dalam kehidupan anak-anak kita dengan keperluan khas dan terima kasih juga kepada dua ahli terapi atas hati emas mereka semasa mereka berkhidmat di sekolah kami,” katanya.

Untuk keterangan lanjut, hubungi 082-428200 atau e-mel kepada perkatagal­lery@gmail.com.

 ??  ?? JUALAN KAD AMAL: Koleksi karya seni unik dihasilkan kanak-kanak istimewa dari Sekolah Khas PERKATA di Kuching kini boleh dibeli di semua cawangan Secret Recipe Kuching.
JUALAN KAD AMAL: Koleksi karya seni unik dihasilkan kanak-kanak istimewa dari Sekolah Khas PERKATA di Kuching kini boleh dibeli di semua cawangan Secret Recipe Kuching.
 ??  ?? KARYA SENI: Menghasilk­an lukisan merupakan aktiviti menyeronok­kan bagi Dermatrus Duendell Albert.
KARYA SENI: Menghasilk­an lukisan merupakan aktiviti menyeronok­kan bagi Dermatrus Duendell Albert.
 ??  ?? PENGALAMAN BAHARU: Para pelajar mengambil kesempatan melawat Taman Buaya Miri.
PENGALAMAN BAHARU: Para pelajar mengambil kesempatan melawat Taman Buaya Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia