Utusan Borneo (Sarawak)

PEKADIN sokong kurangkan beban murid

-

KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandus­un Murut Sabah ( PEKADIN) menyambut baik gesaan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid agar murid sekolah rendah tidak dibebani dengan penggunaan buku kerja dan latihan.

Naib presidenny­a, Luis Lidong berkata ini kerana ramai murid terutama yang tinggal di kawasan pedalaman atau luar bandar di Sabah terpaksa berjalan kaki berulang alik beberapa kilometer ke sekolah setiap hari.

“Ada kalangan mereka yang membawa buku teks, buku kerja dan latihan yang agak berat dan tentu sekali ia memenatkan dan membebanka­n.

“Sebab itu Pekadin menyokong penuh kenyataan Menteri Pendidikan berhubung perkara ini kerana ia boleh meringanka­n beban murid,” katanya kepada Ber- nama semalam.

Luis berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mahdzir semalam yang menegaskan bahawa buku teks yang disediakan Kementeria­n Pendidikan untuk pembelajar­an murid sudah memadai.

Mahdzir berkata ini kerana selain buku teks, murid kini turut dibebani dengan penggunaan seperti buku kerja dan buku latihan yang terpaksa juga dibeli dari luar.

Mahdzir juga dipetik sebagai berkata, bahawa dalam usia antara tujuh hingga 12 tahun, murid perlu diberi peluang untuk merasai keseronoka­n alam persekolah­an dan tidak terlalu diberi penekanan akademik semata-mata.

Justeru, Luis berharap pihak-pihak berkaitan dapat mematuhi pekeliling mengenai penggunaan buku kerja di sekolah rendah itu demi kebaikan bersama. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? REMAN: Majistret Cindy Mc Juce Balitus (dua, kanan) keluar dari ruang legar Hospital Pakar Damai, Kota Kinabalu, selepas prosiding reman terhadap pemimpin parti politik Sabah, semalam.
— Gambar Bernama REMAN: Majistret Cindy Mc Juce Balitus (dua, kanan) keluar dari ruang legar Hospital Pakar Damai, Kota Kinabalu, selepas prosiding reman terhadap pemimpin parti politik Sabah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia