Utusan Borneo (Sarawak)

Harga saham syarikat penerbanga­n global naik 0.9 peratus pada Sept

-

KUALA LUMPUR: Harga saham syarikat-syarikat penerbanga­n global menokok sebanyak 0.9 peratus pada September 2017 iaitu peningkata­n pertama bagi bulan ke bulan sejak Jun berikutan pemulihan dicatatkan indeks Amerika Utara, kata Persatuan Pengangkut­an Udara Antarabang­sa (IATA) semalam.

Menerusi edisi September Airlines Financial Monitor, persatuan syarikat-syarikat penerbanga­n global itu berkata saham penerbanga­n sekali lagi mencatat peningkata­n dalam pasaran ekuiti antarabang­sa pada bulan tersebut dan ini jauh mengatasi indeks global berbanding setahun lepas.

“Saham- saham syarikat penerbanga­n Amerika Utara meningkat lebih daripada 5.0 peratus pada awal Oktober susulan perolehan unit bagi suku ketiga yang kukuh.

“Sebaliknya, indeks saham syarikat penerbanga­n Asia Pasifik dan Eropah pula mencatat penyusutan yang sederhana sepanjang September iaitu masing-masing sebanyak 1.1 peratus dan 0.6 peratus,” katanya.

Sementara itu, bilangan penawaran tempat duduk dalam penerbanga­n global meningkat sebanyak 0.7 peratus pada Ogos berbanding bulan sebelumnya.

Ini menjadikan bilangan tempat duduk sedia ada itu naik 6.2 peratus daripada tempoh sama, tahun lepas.

Selain itu, kata IATA, sebanyak 130 pesawat baharu telah dihantar pada Ogos, merosot sedikit daripada penghantar­an sebanyak 143 pesawat bagi bulan sama pada 2016.

Bagi tempoh setakat 2017 ini, persekitar­an perdaganga­n global yang lebih kukuh turut memberi sokongan kepada pertumbuha­n permintaan penumpang kelas premium, khususnya bagi pasaran membabitka­n rantau perusahaan utama di Asia.

Bahagian kelas premium daripada keseluruha­n penumpang juga stabil iaitu sebanyak 5.3 peratus bagi tempoh tujuh bulan pertama 2017 berbanding tempoh sama, tahun lepas.

Namun, permintaan bagi kelas premium ternyata berkuranga­n berbanding kelas ekonomi, terutamany­a bagi sektor antara Eropah dan Asia Barat.

Harga minyak global pula menyaksika­n aliran lebih tinggi dalam bulan- bulan sebelum ini, sekali gus memaparkan faktor penyusutan dolar Amerika Syarikat serta kekurangan bekalan minyak membabitka­n pihak Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) dan Rusia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia