Utusan Borneo (Sarawak)

SpaceX berjaya mendaratka­n roket kitar semula

-

MIAMI, Florida: SpaceX pada Rabu lepas melancarka­n sebuah roket yang sudah terbang ke angkasa lepas dan mendaratka­nnya dengan berjaya di atas sebuah pelantar lautan, sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengitar semula komponen roket yang mahal.

Pada petang musim luruh yang jelas pada jam 6.53 petang ( waktu tempatan), roket Falcon 9 yang tinggi dan putih berlepas dari Cape Canaveral, Florida dengan membawa satelit Echostar 105/SES-11.

“Cuaca yang tidak mungkin lebih sempurna untuk pelancaran,” kata seorang pengulas dalam webcast secara langsung SpaceX.

Satelit itu menyediaka­n liputan televisyen dan keupayaan komunikasi ke Amerika Utara, Hawaii, Mexico dan rantau Caribbean.

Ia merupakan sebuah satelit ‘dwi-misi’ untuk operator yang berpangkal­an di Amerika Syarikat EchoStar dan operasi di Luxembourg SES.

Kira-kira 10 minit selepas pelancaran, bahagian tinggi roket itu, yang dikenali sebagai peringkat pertama, kembali ke Bumi untuk pendaratan menegak yang dikawal ke atas sebuah kapal dron dipanggil ‘Of Course I Still Love You’, yang ditugaskan di Lautan Atlantik.

Roket Falcon 9 itu “kini berdiri di atas dek”, kata pengulas SpaceX berkenaan, manakala imej video menunjukka­n roket yang berasap itu diletakkan dengan selamat di atas pelantar.

“Satu lagi pendaratan yang berjaya bagi peringkat pertama Falcon 9,” ujarnya.

“Ini adalah pendaratan ke-18 kami yang berjaya.”

Peringkat pertama Falcon 9 yang dilancarka­n Rabu lepas pernah terbang untuk misi kargo ke Stesen Angkasa Antarabang­sa pada Februari lalu.

SpaceX menerbangk­an sebuah komponen roket yang dikitar semula buat pertama kali pada Mac tahun ini.

Pelancaran Rabu lepas merupakan “misi ketiga yang berjaya dengan roket kelas orbit yang dibuktikan oleh penerbanga­n”, kata SpaceX dalam Twitter.

Usaha itu merupakan sebahagian daripada visi Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) Elon Musk yang lebih umum untuk menjadikan penerbanga­n angkasa lebih berpatutan dan membolehka­n perjalanan roket yang lebih mudah, lebih ekonomi, baik dari kota ke kota di Bumi mahupun ke angkasa lepas nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia