Cadangan iktiraf guru prasekolah

Pendidik pusat penjagaan memainkan peranan penting dalam pendidikan awak kanak-kanak: Fatimah

Utusan Borneo (Sarawak) - - Front Page - Oleh Patricia Gari

KUCHING: Kerajaan negeri bercadang memberi pengiktirafan kepada guru prasekolah cemerlang di Sarawak bermula tahun hadapan.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata ia sebagai mengiktiraf sumbangan guru prasekolah dalam membangunkan pendidikan awal kanak-kanak di negeri ini.

“Diharap bermula tahun hadapan, kita dapat mengiktiraf guru prasekolah sama ada institusi awam atau swasta yang berkualiti dan memberi penganugerahan kepada mereka.

“Sebelum ini kita hanya memberi anugerah kepada institusi atau prasekolah yang cemerlang dalam pelbagai aspek di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat daripada 24 delegasi daripada Persatuan Penjagaan Anak Persendirian Bandar Guro Seoul, Korea Selatan diketuai Duta Kehormat Pertukaran Antarabangsa Bandar Guro, Seoul Cho Mi-Hyang di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Menurut Fatimah pengetua dan guru di pusat penjagaan kanak-kanak memainkan peranan penting dalam pemban- gunan dan pendidikan anakanak dari awal usia mereka.

Setiap hari katanya, golongan berkenaan berurusan dengan anak- anak masih muda yang perlu dididik dengan nilai-nilai murni.

“Pengetua dan guru prase- kolah mendidik anak-anak dari usia muda lagi untuk menjadi modal insan yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah.

“Nilai-nilai yang diajar di prasekolah atau pusat jagaan kanak- kanak akan membentuk peribadi anak-anak apabila mereka membesar kelak,” katanya.

Pada majlis itu delegasi berkenaan diberi taklimat mengenai pembangunan dan pendidikan kanak- kanak di bawah kementerian itu yang disampaikan Pegawai Tadbir Unit Pembangunan Kanak-Kanak Dr Siti Zaleha Raduan.

Hadir sama Menteri Muda Wanita, Keluarga Pembangunan Awal Kanak-Kanak Rosey Yunus, Setiausaha Tetap Kementerian Dr Saadiah Abdul Samat, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan Dato James Chan dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyaarakat Negeri Sarawak Abang Shamsudin Abang Seruji.

Diharap bermula tahun hadapan, kita dapat mengiktiraf guru prasekolah sama ada institusi awam atau swasta yang berkualiti dan memberi penganugerahan kepada mereka. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak

UNTUK KENANGAN: Fatimah bergambar bersama delegasi Persatuan Penjagaan Anak Persendirian Bandar Guro Seoul, Korea Selatan di Atrium DUN semasa menerima kunjungan hormat delegasi itu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.