Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sentiasa berusaha membawa kemajuan

-

SRI AMAN: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat berkata kerajaan sentiasa berusaha gigih membawa kemajuan dan kesejahter­aan kepada rakyat khususnya di luar bandar.

Katanya usaha pembanguna­n sukar dicapai sekiranya rakyat tidak memanfaatk­an segala peluang dan kemudahan pembanguna­n disediakan kerajaan.

Menurutnya, rakyat harus memahami dan menerima perubahan serta idea- idea baharu dengan mengubah cara berfikir dan tidak tercicir daripada arus pembanguna­n.

“Kita dapat menimbulka­n kesedaran, mengubah sikap dan pemikiran menerima dan mencuba idea-idea baharu ke arah meningkatk­an kualiti dan taraf hidup,” katanya merasmikan Markas Pertiga Sri Aman di Kampung Entulang Entawa, di sini.

Ahli Parlimen Sri Aman itu berkata, penyebaran maklumat pembanguna­n sentiasa menjadi agenda kerajaan disalurkan melalui jabatan dan agensi pembanguna­nnya.

Dalam pada itu, Jawa- tankuasa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) berperanan menggerakk­an pembanguna­n kerajaan di peringkat kampung.

“Dengan itu, JKKK perlu melaksanak­an komunikasi pembanguna­n berkesan di peringkat akar umbi,” jelasnya.

Hadir sama Pengerusi Markas Pertiga Sri Aman Hendric Junan serta ahli-ahlinya.

Masir turut menyalurka­n peruntukan bagi 2018 berjumlah RM10,000 kepada pertubuhan itu menjalanka­n aktiviti mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia