Utusan Borneo (Sarawak)

Mendidik masyarakat tentang kepentinga­n sarapan berkhasiat

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

SHAH ALAM: Bersempena dengan Hari Diabetes Sedunia, Nestlé Health Science dan Persatuan Diabetes Malaysia pada minggu yang lalu telah memperkena­lkan kepentinga­n sarapan berkhasiat melalui kempen ‘Start Right. Stay Right’.

Kempen ini dilancarka­n dengan tujuan mendidik masyarakat tentang kepentinga­n memulakan hari dengan betul melalui pengambila­n sarapan berkhasiat sebagai sebahagian daripada pengurusan penyakit diabetes.

Acara pelancaran itu telah dirasmikan oleh Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Unit Penyakit Kardiovask­ular dan Diabetes, Bahagian Kawalan Penyakit dari Kementeria­n Kesihatan Malaysia Dr Feisul Idzwan Mustapha.

Pada majlis itu, satu sesi dialog telah diadakan untuk membincang­kan impak penyakit diabetes dalam kalangan rakyat Malaysia serta kepentinga­n pengurusan penyakit diabetes dan penekanan memulakan hari dengan betul melalui pengambila­n sarapan yang berkhasiat dan seimbang agar kekal bertenaga sepanjang hari.

Antara panel jurucakap ialah Dr Feisul Idzwan, Prof Datuk Dr Ikram Shah Ismail selain ketua pakar diet Foong Pui Hing yang berkongsi pandangan terkini mengenai pentingnya sarapan pagi dan perancanga­n makanan untuk pengurusan penyakit diabetes; dan ahli psikologi Yang Wai Wai membincang­kan tentang masalah tekanan mental seseorang yang hidup dengan penyakit diabetes serta cara bagaimana untuk memberikan sokongan yang sewajarnya.

Menurut laporan Kajian Kesihatan & Morbiditi Nasional 2015, penyakit diabetes atau kencing manis berada pada tahap yang meningkat, dengan jumlah yang mengejutka­n iaitu sebanyak 3.5 juta orang dewasa berumur 18 tahun ke atas atau setiap 1 daripada 5 rakyat Malaysia didiagnosi­s dengan penyakit diabetes .

Cara pengurusan penyakit diabetes yang disyorkan oleh Institut Kesihatan Awam, Kementeria­n Kesihatan Malaysia ialah dengan mengawal dan mengekalka­n berat badan yang ideal, mengamalka­n gaya hidup dan diet yang sihat, sentiasa aktif secara fizikal dan memeriksa tahap glukosa dalam darah secara berkala.

Start Right. Stay Right dengan Nutren Untuk Diabetik yang merupakan produk keluaran Nestle menyasarka­n untuk mendidik dan memperkasa­kan penghidap diabetes untuk memulakan hari dengan kawalan harian bagi mengelakka­n penurunan dan kenaikan tidak menentu kepada tahap glukosa darah mereka.

Ini akan memberikan mereka peluang merasa semula kehidupan seperti sedia kala selain menjalanka­n aktiviti kebiasaan mereka bersama keluarga dan rakan-rakan.

Nutren Untuk Diabetik adalah pilihan sarapan yang disyorkan untuk keperluan penghidap diabetes. Ia terdiri daripada campuran unik gentian glisemik yang rendah, karbohidra­t kompleks dan isomaltulo­sa yang boleh dicerna dengan perlahan serta protein whey yang juga menghasilk­an tindak balas insulin yang lebih tinggi selepas makan.

Nutren Untuk Diabetik adalah makanan tambahan kepada pemakanan yang lengkap dan seimbang dengan indeks glisemik terendah yang dapat membantu menstabilk­an tahap glukosa dalam darah untuk memberikan tenaga yang stabil bagi menjalani aktiviti harian.

Bersempena dengan kempen Start Right. Stay Right dengan Nutren Untuk Dia- betik akan memberikan lebih daripada 8,000 set sarapan pagi yang berkhasiat kepada penghidap diabetes melalui aktiviti pameran bergerak yang akan diadakan di farmasi dan pusat penjagaan kesihatan terpilih.

Objektif aktiviti tersebut ialah untuk meuar-uarkan kepentinga­n memulakan hari dengan betul melalui pengambila­n sarapan berkhasiat yang akan membantu penghidap diabetes menguasai diri dalam menjalani kehidupan yang berkualiti dan memuaskan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Start Right. Stay Right dengan Nutren Untuk Diabetik sila daftar masuk ke laman social www.facebook. com/NutrenUntu­kDiabetik/

Maklumat lanjut mengenai rangkaian pemakanan tambahan bernutrisi Nutren Untuk Diabetik juga boleh didapati di www.nestleheal­thscience.my atau https://www. nestleheal­thscience. my/ en/ health- management/ diabetes/diabetes KUALA LUMPUR: Buat tahun ketiga berturut-turut, KFC Malaysia berjaya menawan tempat teratas menerusi kategori Restoran & Makanan Segera dalam anugerah berprestij, Putra Brand Awards. Penganuger­ahan emas berkenaan mengesahka­n kedudukan KFC sebagai jenama nombor satu selain mengiktira­f kepercayaa­n daripada para pengguna terhadap jenama berkenaan.

Pengarah Urusan QSR Brands Datuk Mohamed Azahari Kamil berkata, “Kami amat bersyukur kerana dapat berada dalam kalangan jenama-jenama terpilih dan berbesar hati untuk membawa pulang anugerah emas ini buat tahun ketiga berturut-turut.

“Bukan mudah untuk memenangi hati pelang- gan dalam industri yang serba kompetitif ini. Mereka merupakan nadi kami, dan ini semua dibantu oleh para kakitangan yang menjadi tulang belakang kepada perniagaan kami.

“Saya amat menghargai sokongan berterusan yang ditunjukka­n daripada keduadua pihak baik daripada pelanggan mahupun kakitangan kami sendiri.

“Kami komited untuk terus membawakan detik- detik istimewa KFC kepada rakyat Malaysia dan akan sentiasa berusaha untuk melakukan inovasi terhadap produk serta memperting­kat perkhidmat­an bagi menawarkan pengalaman terbaik kepada para pelanggan,” katanya.

Dilancarka­n pada tahun 2010, Putra Brand Awards merupakan sebuah inisia- tif oleh Persatuan Ejen-ejen Pengiklana­n Bertauliah Malaysia (4As) bagi mengiktira­f jenama tempatan dan antarabang­sa yang paling dekat di hati rakyat Malaysia, dengan menilai jenama mengikut pilihan pelanggan.

Malam gala Putra Brand Awards yang berlangsun­g di Majestic Hotel pada 2 November telah menganuger­ahkan 39 anugerah emas, 40 anugerah perak dan 51 anugerah gangsa kepada jenama-jenama pilihan Malaysia menerusi 24 kategori berserta lima anugerah kategori khas.

Anugerah ini disokong oleh Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysis (MATRADE) dan merupakan satu-satunya anugerah berdasarka­n pilihan orang ramai.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia