Utusan Borneo (Sarawak)

Banyak penampilan sulung dijangka berlaku pada aksi persahabat­an di antara England, Brazil hari ini

-

LONDON: Brazil bersiap sedia untuk tugasan terakhir mereka pada 2017 menentang England di Wembley pada hari ini (Selasa) dengan awan hujan yang menyelubun­gi pemain tonggak mereka, Neymar.

Walaupun Neymar sudah menjaringk­an 11 gol dalam 12 perlawanan sejak perpindaha­n rekod dunianya ke Paris Saint- Germain (PSG) dari Barcelona, cerita tentang perselisih­an dengan rakan sepasukan dan percanggah­an pendapat dengan jurulatih Unai Emery.

Dia kelihatan rapuh di sidang akhbar yang menyusuli kemenangan 3-1 Brazil ke atas Jepun dalam perlawanan persahabat­an di Lille pada Jumaat lalu, sambil mengesat air mata sementara jurulatih kebangsaan Tite bersuara untuk membelanya dan kemudian dengan cepat meninggalk­an bilik.

“Apabila kita menjadi idola, contoh pada mata begitu ramai orang, kita perlu sempurna dan selalunya saya tidak sempurna,” kata Neymar sebelum dia meninggalk­an bilik dengan tergesa-gesa.

“Saya seorang pemuda berusia 25 tahun dengan banyak perkara untuk dipelajari dalam bola sepak.”

Neymar pada amnya menyinar dalam Ligue 1 sejak dia melengkapk­an perpindaha­n bernilai 222 juta euro ( RM1.07 bilion) dari Barcelona, tetapi prestasiny­a baru-baru ini menunjukka­n tanda tidak selesa.

Dia dibuang dari padang dalam keputusan seri 2-2 PSG di Marseille selepas dilayangka­n kad kuning kedua kerana bertindak balas dengan kekasaran yang dilakukan oleh Lucas Ocampos.

Walaupun dia menjaringk­an gol (dan mensia-siakan satu tendangan penalti) ketika menentang Jepun, dia juga dilayangka­n kad kuning kerana menyiku Hiroki Sakai – yang secara kebetulan bermain untuk Marseille – di belakang kepala.

Lebih membimbang­kan lagi bagi penyokong PSG ialah laporan yang datang dari Brazil bahawa Neymar sudah menyuaraka­n rasa menyesal meninggalk­an Barcelona.

Dia sudah kembali ke Barcelona sekurang-kurangnya dua kali sejak awal musim, dua kali digambar dalam media sosial bersama Lionel Messi dan Luis Suarez, dan malah dilaporkan telah bertanya kepada mereka bagaimana perasaan mereka jika dia kembali secara tetap.

Namun bagi rakan sepasukann­ya di PSG, Kylian Mbappe, sidang akhbar Neymar yang emosional sekadar peringatan bahawa bintang sensasi itu adalah manusia biasa.

“Ia hanya membuktika­n dia seorang manusia seperti orang lain,” kata Mbappe kepada saluran televisyen TF1 di Perancis kelmarin.

“Dia seperti kita – dia ada dua tangan, dua kaki dan satu jantung. Dia boleh terasa dengan semua kritikan terhadapny­a.

“Dari luaran, dia memberi gambaran bahawa dia tidak terasa, walaupun di sana (di Lille), dia melepaskan geram. Apabila kita dalam lingkungan, dia membuka pekung kepada anda dan menunjukka­n dia adalah seseorang yang normal.”

Selain Neymar, Brazil tidak ada kebimbanga­n lain, selepas menamatkan cabaran dengan 10 mata di hadapan dalam kejohanan kelayakan Amerika Selatan untuk Piala Dunia pada tahun depan ekoran pelantikan Tite selaku jurulatih yang dinamik pada pertengaha­n kempen.

Tite dijangka menggilirk­an barisan kesebelasa­n utama dari perlawanan menentang Jepun, dengan rakan- rakan Neymar di PSG, Dani Alves dan Marquinhos, selain Philippe Coutinho dan Diego, antara pemain yang diramal akan menyertai barisan kesebelasa­n utama.

England akan memulakan perlawanan dengan fikiran positif selepas pasukan tidak berpengala­man dan lemah akibat kecederaan menghasilk­an persembaha­n menggalakk­an dalam keputusan seri 0-0 dengan Jerman pada Jumaat lalu.

Penjaga gol Everton Jordan Pickford dan pemain tengah Chelsea Ruben LoftusChee­k, yang dipinjamka­n kepada Crystal Palace, bermain dengan mengagumka­n d a l a m penampilan sulung mereka apabila pengurus Gareth Southgate memberi peluang pertama kepada lima pemain untuk merasai bola sepak antarabang­sa. Lebih banyak penampilan sulung dijangka akan berlaku dalam perlawanan menentang Brazil selepas pemain tengah Bournemout­h, Lewis Cook, dan penyerang Liverpool, Dominic Solanke, dipilih untuk menyertai skuad, selain penjaga gol muda Manchester City Angus Gunn. “Saya rasa kami bermain dengan baik menentang jentera yang lancar di Jerman,” kata pemain Tottenham Hotspur, Eric Dier, yang m e n j a d i kapten

Apabila kita menjadi idola, contoh pada mata begitu ramai orang, kita perlu sempurna dan selalunya saya tidak sempurna. Neymar Penyerang Brazil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia