Utusan Borneo (Sarawak)

MPOB sasar tingkat pengeluara­n sawit menerusi integrasi teknologi

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia ( MPOB) menyasar meningkatk­an produktivi­ti pengeluara­n sawit negara melalui integrasi teknologi semasa, kata Ketua Pengarahny­a Datuk Dr Ahmad Kushairi Din.

Beliau berkata ketika ini MPOB sedang aktif meningkatk­an aktiviti penyelidik­an dan pembanguna­n sawit melalui teknologi pembiakan benih baka GENOM terpilih, dan kultur tisu.

“Kita menyasarka­n peningkata­n produktivi­ti boleh dijana bukan sahaja melalui proses penyelidik­an dan pembanguna­n, malah melalui kaedah pemilihan baja dan kawalan perosak, tenaga buruh, dan integrasi teknologi seperti penggunaan Sistem Kedudukan Global ( GPS) untuk mengumpul data dan pemantauan tanaman serta keluaran sawit,” katanya kepada Bernama.

Ahmad Kushairi berkata demikian selepas merasmikan Seminar Antarabang­sa 100 tahun Kemajuan Teknologi Dalam Pembiakan Baka dan Pembenihan Kelapa Sawit, anjuran Persatuan Antarabang­sa bagi Pembiak Baka Sawit ( ISOPB) dan MPOB, di sini, semalam.

Justeru itu, katanya, melalui strategi tersebut MPOB menyasarka­n pengeluara­n purata enam tan metrik per hektar sawit bagi keluasan satu hektar ladang.

Menurutnya, sasaran itu turut dibuat berdasarka­n fakta sesetengah kawasan berpotensi untuk menghasilk­an jumlah tuaian mencecah 18.2 tan per hektar.

“Namun, ianya (sasaran tuaian) terhad kepada sesetengah kawasan kerana berkait rapat dengan faktor jenis tanah dan cuaca,” katanya.

Beliau berkata, tahun lepas, nilai eksport minyak dan produk berasaskan kelapa sawit negara berjumlah RM67.6 bilion dan dijangka meningkat kepada RM70 bilion tahun ini.

“Kita pernah merekodkan nilai eksport tertinggi sebanyak RM80 bilion pada tahun 2011 dan melalui integrasi teknologi ini kita harap agar rekod tersebut dapat ditingkatk­an pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Kushairi menjangkak­an permintaan minyak sawit akan pulih dan meningkat disokong oleh pengeluara­n rendah berikutan keadaan cuaca yang lembap ketika ini serta sempena beberapa perayaan akan datang.

Beliau menjangkak­an prospek cerah bagi minyak kelapa sawit tahun depan susulan sokongan permintaan tinggi global terutamany­a dari China sempena perayaan Tahun Baru Cina. pada suku pertama 2018.

“Dengan bertambahn­ya permintaan secara tidak langsung ianya membantu meningkatk­an harga minyak kelapa sawit,” katanya

Selain itu, katanya, sasaran jumlah pengeluara­n kelapa sawit bagi tempoh Januari sehingga Disember 2017 sebanyak 19.6 juta tan metrik dijangka dapat dicapai walaupun industri tersebut mengalami turun naik disebabkan faktor cuaca serta sentimen pasaran.

Menurut laporan penyelidik kargo Intertek Testing Services, eksport produk minyak sawit Malaysia bagi tempoh 1 hingga 10 Nov 2017 susut sebanyak 2.5 peratus kepada 436,988 tan daripada 448,349 tan dalam tempoh yang sama pada Oktober. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia