Utusan Borneo (Sarawak)

Tiong membayangk­an Mawan tidak pertahan kerusi Parlimen Saratok

-

KUCHING: Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing membayangk­an penyandang kerusi Parlimen Saratok Tan Sri William Mawan Ikom tidak akan mempertaha­nkan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran nama dan logo baharu parti itu di sini malam kelmarin (Ahad), beliau berkata sehingga semalam Mawan belum mendaftar sebagai ahli PDP.

Mawan yang kini tidak menyertai mana-mana parti politik selepas beliau meninggalk­an PDP yang sebelum ini dikenali Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) bagi menubuhkan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) namun terpaksa meninggalk­an parti itu apabila beliau bertanding sebagai calon langsung Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 tahun lalu.

“Untuk kedudukan Parlimen Saratok, ia adalah kerusi kita. Kedudukan Tan Sri (William Mawan), biarlah Majlis Tertinggi PDP membuat keputusan mengenainy­a,” katanya sambil menambah, Majlis Tertinggi PDP telah bermesyuar­at kelmarin tetapi tiada permohonan menyertai parti diterima daripada Mawan.

“Sama ada saya menunggu dia atau dia menunggu saya (untuk permohonan sebagai ahli), kalau dia benar-benar berminat... pohonlah. Borang ada di sana (ibu pejabat PDP),” tambahnya.

Menurut Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu, PDP akan meletakkan calonnya di empat kerusi Parlimen diperuntuk­kan kepada parti itu.

Tambahnya PDP sudah mempunyai calon berpotensi untuk diletakkan di Parlimen Saratok tidak kira sama ada Mawan mengemukak­an permohonan menyertai parti itu atau sebaliknya.

“Sekarang kita sudah ada beberapa nama calon yang berpotensi dan kita akan pasti kuota empat kerusi itu kita berjaya,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia