21,188 anggota sedia dikerah hadapi kemungkinan banjir; Monsun Timur Laut bermula kelmarin hingga Mac tahun depan.

Utusan Borneo (Sarawak) - - Front Page -

Dalam pada itu, Uggah berkata sebanyak lima helikopter, 197 lori, 325 kenderaan pacuan empat roda, 280 bot dan 50 ambulans dari pelbagai jabatan dan agensi juga disediakan.

Katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah membuat persediaan untuk membuka sebanyak 610 pusat pemindahan di seluruh negeri.

“Seramai 165 pembekal logistik telah dilantik dan untuk mencapai masa respons yang terbaik, pembekalan logistik akan disimpan di 12 Pangkalan Hadapan di tempattempat strategik dan tiga stor/ depo utama yang terletak di Kuching, Samarahan dan Miri,” jelasnya.

Pada masa sama, Uggah berkata, semua residen juga bersiap siaga dan bilik gerakan banjir di semua bahagian diaktifkan pada bila-bila masa.

Selain itu, beliau berkata, cuti pegawai-pegawai agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri turut dibekukan berkuat kuasa serta-merta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.