SEDIA HADAPI TENGKUJUH

Utusan Borneo (Sarawak) - - Front Page - Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Seramai 21,188 anggota dan kakitangan daripada tujuh agensi dan jabatan sedia dikerah untuk menghadapi musim Monsun Timur Laut yang bermula kelmarin hingga Mac tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia bagi menghadapi kemungkinan banjir kerana pada musim Monsun Timur Laut, hujan berterusan untuk tempoh sehingga tiga hari boleh mengakibatkan kawasan rendah dan cenderung banjir dinaiki air.

“Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang (besar), risiko banjir akan menjadi lebih buruk,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri di Bilik Gerakan Negeri di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Menurut Uggah, anggota dan kakitangan yang akan dikerah adalah daripada tentera (7,192 orang), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (5,000), bomba (3,281), polis (2,469), RELA (1,089), Jabatan Kebajikan Masyarakat (1,087) dan Jabatan Kesihatan (1,070).

Beliau menambah, jumlah petugas jentera pengurusan bencana itu juga lebih ramai berbanding 17,097 orang pada tahun lepas.

SIAP SEDIA: Uggah (duduk, tengah) bersama Fatimah (duduk, kiri) dan ketua-ketua agensi pada sidang media persiapan menghadapi musim Monsun Timur Laut di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.