MIRI FA BURU TIGA MATA PENUH •

Sekali lagi berdepan Bintulu FA pada saingan LBR 2017/2018 di tempat lawan Sabtu ini

Utusan Borneo (Sarawak) - - Front Page - Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Selepas kejayaan membawa pulang Piala Sarawak 2017, tumpuan kini terarah kepada perlawanan ketiga peringkat Kumpulan C Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) 2017/2018.

Ketua Jurulatih Miri FA, Mohd Hakimi Man berkata pasukannya akan bertandang ke Padang Sintetik Dewan Suarah Bintulu bagi menghadapi perlawanan ketiga di tempat lawan pada Sabtu ini (18 November).

Sebelum ini, Miri FA membelasah Bintulu FA pada perlawanan sulung di Stadium Miri, 30 September lalu dan misi pasukan itu kini untuk menang di tempat lawan.

“Kita bertembung sekali lagi dengan Bintulu FA pada Sabtu abtu ini (18 November) ember) dan persiasiapan berjaalan lancar r d e n g a n p a s u - kan kita m e n - gadakan l a t i h a n di padang g futsal Sta- dium Terrtutup Miri,” iri,” katanya kepada Utusan B Borneo di sini semalam.

Menurutnya, lima pemain y a n g m e m - b a n t u k e m e - n a n g a n Mi Miri pada Piala Sarawak 2017 di Muk kah h kembali k b menguatkan pasukan LBR Miri FA menjelang pertemuan dengan Bintulu FA Sabtu ini.

Pemain- pemain terbabit ialah Abdul Razak Janmat (penjaga gol), Micah Davis Labo (pertahanan tengah), Mohd Haizam Morshidi, (pertahanan kanan), Fairul Hadi (penyerang) dan Mohd Hafiz Mohd IIham (penyerang).

“Semua pemain bebas daripada kecederaan dan bersedia untuk diturunkan, bagaimanapun pemainpemain akan menjalani pemeriksaan kesihatan untuk memastikan mereka kekal cergas,” jelasnya.

Hakimi berkata, latihan dilakukan di padang futsal Stadium Tertutup Miri memandangkan Miri belum mempunyai padang sintetik serta keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

“Kita sentiasa mengubah lokasi latihan mengikut kepada keadaan cuaca kerana kita tidak mahu kesihatan pemain-pemain terjejas lebih- lebih lagi jika berlatih dalam keadaan hujan lebat dan kilat,” katanya.

Menurutnya, kemenangan dua perlawanan sebelum ini meningkatkan moral dan keyakinan semua pemain untuk terus mengekalkan momentum memburu tempat ke peringkat seterusnya.

“Sememangnya semua pasukan menyasarkan untuk melepasi peringkat kumpulan, kita juga tidak terkecuali mengimpikan juara Kumpulan C,” katanya sambil menambah pihaknya juga menyasarkan juara Zon Sarawak dan Zon Borneo sebelum melangkah ke peringkat suku akhir kempen LBR 2017/2018 ini.

Kita bertembung sekali lagi dengan Bintulu FA pada Sabtu ini (18 November) dan persiapan berjalan lancar dengan pasukan kita mengadakan latihan di padang futsal Stadium Tertutup Miri. Mohd Hakimi Man Ketua Jurulatih Miri FA

BERSEDIA: B Barisan pemain LBR Miri bersedia menghadapi perlawanan ketiga menentang Bintulu FA di Padang Sintetik Dewan Suarah Bintulu Sabtu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.