Beberapa kawasan di Labang dinaiki air ekoran hujan lebat

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

BINTULU: Beberapa kawasan rendah di kawasan Labang, Sebauh termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Labang dan Kampung Labang dinaiki air antara satu dan dua kaki berikutan hujan lebat sejak semalam.

Difahamkan, air berkenaan dari Sungai Kemena yang melimpah berikutan hujan di kawasan hulu sungai.

Antara yang terjejas setakat ini ialah laluan pejalan kaki di Kampung Labang dan kawasan SK Labang termasuk padang bola sepak serta bahagian bawah bangunan sekolah dan kediaman guru.

Salah seorang penduduk kampung berkata, setakat ini paras air kelihatan kekal dan kemungkinan akan surut sekiranya hujan berhenti.

Labang secara amnya antara kawasan yang dikate- gorikan sebagai rendah di Daerah Sebauh.

Setakat ini, belum ada laporan banjir melibatkan perpindahan penduduk di kawasan Sebauh.

MASIH TERKAWAL: Keadaan air yang melimpah ke kawasan SK Labang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.