Lelaki patah dua gigi dalam nahas dua kereta

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

SIBU: Seorang lelaki kehilangan dua batang giginya selepas terlibat dalam kemalangan antara dua kereta di Kilometer 128, Jalan SibuBintulu sekitar jam 10 pagi semalam.

Mangsa berumur 58 tahun sedang dalam perjalanan ke Sibu apabila sebuah kereta yang bergerak dari arah bertentangan dipercayai memas- uki laluannya.

Akibatnya, kereta mangsa berlanggar dengan kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 25 tahun.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau berkata, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami cedera ringan, luka di bahagian di muka dan patah dua batang gigi.

Katanya, pihaknya yang dimaklumkan oleh orang awam telah pergi ke lokasi kejadian berhampiran Jambatan sungai Arip, Ulu Balingian untuk menjalankan siasatan.

“Siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati kedua-dua kereta mengalami kerosakan (remuk) di bahagian depan sebelah pemandu,” katanya.

BERTEMBUNG: Keadaan kedua kereta dalam kemalangan di KM 128 Jalan Sibu-Bintulu pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.