Dibelasah selepas dituduh pegang punggung wanita

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

Siasatan awal polis mendapati suspek berumur 21 tahun telah mengarahkan mangsa meminta maaf kepada teman wanitanya tetapi mangsa tetap menafikan perbuatan tersebut.

Sejurus kemudian, pemilik pusat hiburan terbabit muncul dan bertanya tiga kali dengan mangsa sama ada dia ada memegang punggung teman wanita rakannya, namun mangsa tetap tidak mengaku.

Tidak berpuas hati dengan penjelasan itu, mangsa kemudian dibelasah oleh tiga lelaki terbabit sehingga mengakibatkan kecederaan.

Menurut Zailanni, mangsa kini menerima rawatan di Hospital Sibu.

Katanya, tiga daripada suspek termasuk wanita terbabit telah direman tiga hari sejak Isnin lalu, manakala suspek keempat akan direman hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, satu laporan polis telah dibuat oleh suspek wanita mendakwa punggungnya telah dipegang oleh mangsa.

Menurut Zailanni, polis juga akan menjalankan siasatan terhadap kes tersebut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

“Suspek (mangsa cedera) kes cabul akan ditangkap kemudian selepas selesai menjalani rawatan di hospital,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.