Cadangan pembinaan jalan di DUN Meluan akan dikemuka kepada KKLW

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Cadangan pembinaan infrastruktur jalan raya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meluan akan dikemukakan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk pertimbangan.

Mendedahkan perkara itu, Menteri Muda Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil berkata cadangan projek itu akan dibuat di bawah Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

“Kerajaan (Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan) akan mengemukakan cadangan itu kepada KKLW untuk pertimbangan,” katanya.

Dr Jerip berkata demikian ketika menjawab pertanyaan RollandDuatJubi(BN-Meluan) berhubungan perancangan untuk membina jalan dari Nanga Meluan ke SK Nanga Maong, Klinik Nanga Maon, SK Nanga Ju, Rumah Gerasi dan Rumah MengiringUluJupadaPersidangan DUN di sini, semalam.

Dalam perkembangan sama, status pembinaan Jalan Sungai Menuan dan Jalan Sungai Ibau turut mendapat perhatian kerajaan negeri.

Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi mendedahkan bahawa sejumlah RM3 juta telah diluluskan bagi melaksanakan kerjakerja awal dan reka bentuk.

Menurutnya, peruntukan bagi pembinaan jalan tersebut telah dikemukakan di bawah Kajian Separuh Penggal RMK11 untuk pertimbangan kerajaan negeri.

Julaihi menjelaskan perkara itu ketika menjawab soalan Jefferson Jamit (BN-Bukit Goram) berhubung status terkini Jalan Sungai Menuan dan Jalan Sungai Ibau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.