Banyak projek RTP di DUN Machan belum dilaksana: Allan

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Kerajaan negeri akan mengadakan program pameran ke kawasan luar bandar dari semasa ke semasa, untuk mendidik rakyat khususnya di kawasan luar bandar supaya memahami dan memanfaatkan platform e-dagang.

Menteri Muda E-Dagang Datuk Mohd Naroden Majais berkata untuk menanam serta menghuraikan maklumat mengenai e-dagang, kempen berterusan perlu diadakan agar maklumat mengenai edagang dapat masuk ke minda rakyat.

Justeru, beliau menyeru semua pihak tidak kira daripada Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang menekankan mengenai ekonomi digital, perkampungan digital, Borneo 744, e- dagang dan sebagainya kepada rakyat negeri ini agar tidak ketinggalan dalam dunia perniagaan melalui ekonomi digital.

“Salah satu kelebihan yang semua kita akan dapat melalui teknologi dan Internet ialah tidak kira di mana kita berada sama ada di bandar atau di pedalaman dan tidak kira besar atau kecil pelaburan, teknologi dan Internet akan pasti memberi kita tahap gelanggang permainan yang sama rata,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Dalam pada itu, Naroden berkata dasar Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg untuk memperluas dan memperkasakan liputan Internet KUCHING: Peruntukan sebanyak RM30 juta telah disalur melalui Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera (TEGAS) untuk tujuan pembinaan Digital Village.

Menurut Dr Hazland Abang Hipni (BN-Demak Laut), lokasi yang dimaksudkan beliau adalah kawasan Perindustrian Sama Jaya di Muara Tabuan.

“Ini sudah semestinya akan melonjakkan lagi usaha kerajaan negeri ke arah ekonomi digital melalui penubuhan Digital Business Startups, Online Marketing dan banyak lagi.

“Turut menjadi harapan rakyat di kawasan tersebut untuk mendapat jalan perhubungan yang baik terutama di Kampung Bako, Kampung Beradek, Kampung Semilang, Kampung Tiang Api, Kampung Pinggan Jaya dan Kampung Muhibbah Pending.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2018) dan Usul Untuk Merujuk Resolusi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan, 2017 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri.

Begitu juga halnya dengan berkelajuan tinggi di negeri ini adalah secara menyeluruh yang akan memberi manfaat kepada bukan sahaja rakyat di bandar tetapi juga di luar bandar dan pedalaman.

Jelasnya, ia untuk memberi kemudahan dan galakan kepada para penduduk termasuk usahawan di luar bandar ke satu lagi tahap berurusan melalui teknologi digital dan jambatan di Tanjung Bako, Beradek, Semilang dan Tiang Api yang sudah begitu lama di tunggu-tunggu oleh para penduduk.

Kerajaan negeri juga tambahnya, telah meluluskan dana sebanyak RM42 juta untuk pembinaan Jambatan Bako yang telah 85 peratus siap dan akan siap sepenuhnya pada Mac 2018.

Kursus dan Pendidikan Asas pertanian kepada para petani dan belia yang berminat dengan industri pertanian serta penggunaan jentera pertanian sudah semestinya akan dapat meningkatkan hasil pertanian di Demak Laut.

Kawasan pertanian yang berpotensi di kawasan tersebut termasuk Kampung Beradek, Semilang, Tiang Api, Bako, Tanjung Bako dan Sungai Nepong.

Penanaman padi, getah, kelapa, buah-buahan, herba, kolam ikan, udang air tawar, penternakan ayam, kambing dan lembu amat berpotensi di kawasan ini.

Justeru, antara strategi yang berupaya meningkatkan hasil industri pertanian di dalam kawasan itu adalah dengan menubuhkan pusat kaji selidik seterusnya memberi ruang baharu untuk berniaga secara atas talian, yang merupakan sebahagian daripada konsep e-dagang.

“Melalui platform e-dagang, harapan kerajaan negeri adalah agar komuniti perniagaan Sarawak berupaya meningkatkan lagi pengeluaran dan kualiti produk untuk memenuhi permintaan pasaran yang lebih besar sehingga ke peringkat global,” katanya.

Sementara itu, Naroden berkata kementeriannya bersedia mempertimbang untuk membina Anjung Usahawan di kawasan Beting Maro tahun depan.

Justeru, beliau menyarankan kepada ADUN Beting Maro, Razali Gapor memberi maklumat mengenai keperluan, saiz dan jumlah premis yang diperlukan, termasuk kesediaan tapak serta konsep premis untuk dibuat penilaian. pertanian dan mengadakan sistem pemasaran hasil tani yang lebih berkesan.

Selain menubuhkan pusat pengumpulan, pemprosesan dan pembungkusan, pihaknya juga mahu menaik taraf infrastruktur kebun, memberi insentif pertanian untuk tanaman kelapa, lada, sawit, buah-buahan dan ternakan integrasi lembu.

Kata Dr Hazland, Skimskim bantuan khas untuk para graduan yang masih belum mempunyai hala tuju bidang kerjaya juga harus disediakan.

Demak Laut turut memerlukan dua sekolah rendah baharu di Kampung Tanjong Bako dan Kampung Senari, sebuah sekolah menengah baharu untuk kawasan Tanjung Bako.

Selain itu, ialah pembinaan paip baharu untuk Kampung Tanjong Bako, Pinggan Jaya, Muhibbah Pending, Beradek, Semilang, Tiang Api.

Projek tebatan banjir untuk sistem perparitan di Kampung Tabuan Melayu, Tabuan Foochow, Bako, Muara Tebas, Gobeilt, Senari, Sejingkat, Beradek, Semilang, Tiang Api, Pinggan Jaya dan Muhibbah Pending. KUCHING: Allan Siden Gramong (BN-Machan) berkata rata-rata Projek Transformasi Luar Bandar ( RTP) di konstituensinya masih belum dilaksanakan sehingga sekarang.

Beliau berkata pelaksanaan projek-projek RTP di dalam kawasannya agak perlahan tahun ini melibatkan projek akses jalan, parit, infrastruktur dan kemudahan asas.

“Sehingga sekarang, ratarata projek RTP belum lagi dimulakan sedangkan hanya ada satu bulan lebih lagi untuk berakhirnya tahun ini.

“Jika musim hujan nanti, saya bimbang projek-projek ini akan terus tertangguh pelaksanaannya,” katanya ketika membahas Bajet Negeri 2018 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Justeru beliau mencadangkan agar pelaksanaan projek-projek RTP untuk 2018 dan tahun seterusnya dimulakan lebih awal bagi memastikan ia siap mengikut jadual.

Dalam perkembangan sama, Allan berkata masih banyak rumah panjang dan sekolah rendah di Majau, Batu Luking, Ng Mam dan hilir Sungai Poi masih belum menikmati bekalan air terawat.

“Saya difahamkan kesukaran dihadapi penduduk di kawasan-kawasan ini dan saya percaya kerajaan dapat menyelesaikan masalah ini.

“Masalah ini akan bertambah teruk apabila musim kemarau. Tangki air 1Malaysia yang dibekal kepada setiap keluarga juga kosong,” katanya.

Selain itu katanya, beberapa rumah panjang di kawasan Mam dan Majau sudah menunggu kira-kira dua tahun untuk menikmati bekalan elektrik 24 jam walaupun pendawaian dalam rumah penduduk sudah lama dilakukan.

Penduduk di kawasan itu katanya, telah menunggu lama untuk SESCO memasang meter elektrik di rumah mereka.

“Saya hairan kenapa terlalu lama untuk projek RES (Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar) dilaksanakan.

“Rakyat telah dijanjikan, yang mereka akan disambung dengan bekalan elektrik sebelum Gawai lalu.

“Bagaimanapun sehingga sekarang tiada tanda-tanda kerja-kerja dilakukan untuk membekalkan penduduk di kawasan ini dibekalkan dengan tenaga elektrik,” ujarnya.

Allan memberitahu bahawa semasa pembentangan Bajet Negeri 2017, beliau memohon empat rumah panjang dibekalkan dengan bekalan elektrik grid tetapi sehingga hari ini penduduk di situ masih tinggal dalam gelap.

Empat rumah panjang tersebut ialah Rumah Entalai Ng Machan, Rumah Teddy Betau, Jikang, Rumah Lunsa Krangan Bau dan Rumah Brinau, Ulu Maong.

Datuk Mohd Naroden Majais Menteri Muda E-Dagang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.