Razi cadangkan Debak dibangun sebagai bandar baharu

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Pekan Debak disifatkan berpotensi tinggi sebagai pusat pembangunan ekonomi penduduk di konstituensi Saribas dengan kepesatan penduduk masa kini.

Sehubungan itu, Mohammad Razi Sitam (BN-Saribas) mencadangkan agar kerajaan negeri melaksanakan transformasi kepada pekan itu dengan pelan pembangunan semula sebagai sebuah bandar baharu.

Katanya ia sejajar dengan pembanguan penduduk yang pesat ketika ini dianggap amat sesuai untuk melaksanakan perancangan itu.

“Saya mohon agar kerajaan menyediakan pelan induk untuk pekan Debak yang lengkap dengan keperluan pembangunan di daerah ini dengan lebih banyak premis perniagaan dan usahawan.

“Ia sekali gus untuk membantu usahawan-usahawan tempatan dan lebih banyak jalan keluar masuk menghubungkan kampung dan rumah panjang di pekan ini dibina,” katanya ketika sesi perbahasan pada Persidangan DUN di sini semalam.

Antara lain, Razi turut mencadangkan agar sebuah kompleks sukan atau stadium mini dibina di daerah Debak untuk memberi kemudahan kepada aktiviti-aktiviti besar yang sering dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.