Pencerobohan berlaku kerana sekolah itu kini tidak lagi mempunyai pagar kerana terlalu usang dan sudah roboh

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Sematan kini diancam pencerobohan orang luar, sekali gus menimbulkan isu keselamatan terhadap pelajar khasnya pelajar asrama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu berkata pencerobohan itu berlaku disebabkan sekolah tersebut kini tidak lagi mempunyai pagar sekolah kerana terlalu usang dan sudah roboh.

“Saya dimaklumkan bahawa pencerobohan tersebut dilakukan pekerja- pekerja kebun dan ladang yang terdapat di belakang sekolah tersebut.

“Diharap perkara ini mendapat perhatian serius daripada pihak Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi se- belum ia terlambat, terutama melibatkan nyawa,” katanya menerusi ucapan perbahasan Bajet Negeri 2018 sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Jamilah menambah, banyak lagi kekurangan di sekolah tersebut seperti keperluan untuk makmal sains termasuk keperluan untuk pendawaian semula.

Selain itu, sebuah lagi sekolah di dalam konstituensinya iaitu SMK Lundu juga memerlukan bangunan baharu untuk kelas Pendidikan Khas bagi menempatkan 70 pelajar, yang keperluannya amat mendesak.

Menurut Jamilah, sekarang ini hanya terdapat tiga kelas yang sepatutnya hanya untuk 21 pelajar.

“SMK Lundu juga memerlukan sebuah perpustakaan baharu dan kerja-kerja pendawaian semula,” katanya.

Dalam pada itu, Jamilah berkata daripada 415 buah sekolah yang dikategorikan sebagai daif dan kritikal di Sarawak, tujuh daripadanya adalah terletak di Tanjong Datu.

Katanya, sekolah-sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Melano, SK Pueh, SK Pugu, SK Rambungan, SK Stunggang Melayu, SK Stunggang Temelan dan SK Sebat.

“Saya amat bersimpati dengan anak-anak kita yang terpaksa belajar dalam keadaan yang serba kekurangan, namun saya percaya mereka serta guru mempunyai motivasi serta impian untuk mencapai kejayaan.

“Sekolah-sekolah tersebut bukan sahaja memerlukan baik pulih terhadap bilik-bilik darjah malah kuarters-kuarters guru juga sangat perlu dibaik pulih atau dalam keadaan tertentu perlu pembinaan semula,” katanya.

Saya dimaklumkan bahawa pencerobohan tersebut dilakukan pekerja-pekerja kebun dan ladang yang terdapat di belakang sekolah tersebut. Datuk Amar Jamilah Anu ADUN Tanjong Datu

Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher, Henrietta Liza, Mohd Shafik Ahmad BAHAS: Jamilah semasa menyampaikan ucapan perbahasan Bajet Negeri 2018 pada Persidangan DUN, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.