Lori bawa muatan lebih guna feri harus dikenakan tindakan

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

MUKAH: Pengguna feri Igan terpaksa berebut dan bersaing dengan lori sawit ketika mahu menyeberangi Batang Igan.

Sehubungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya mahu penguat kuasa bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap lori-lori yang kerap membawa muatan lebih ketika menggunakan feri.

“Penduduk terpaksa berebut dengan lori-lori sawit yang selalu membawa lebih muatan,” katanya pada Per- sidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kuching Isnin lalu.

Menurutnya, kerajaan harus mengambil tindakan kerana penguat kuasa yang bertanggungjawab ke atas masalah itu tidak menghiraukan keselamatan pengguna lain ketika menaiki feri.

Juanda juga mendakwa wujudnya penyalahgunaan kuasa terhadap masalah itu dan akibatnya terpaksa ditanggung pengguna feri dan penduduk kampung.

Pada masa sama, beliau ingin mengetahui status dan perkembangan terkini pembinaan Jambatan Igan yang menjadi tanda tanya terutama penduduk serta pengguna feri.

Mengenai lambakan pekerja asing bekerja di ladang-dalang sawit di kawasannya, ia adalah satu fenomena sangat membimbangkan.

Justeru, beliau ingin mengetahui nisbah pekerja asing berbanding penduduk tempatan yang diambil bekerja di ladang- ladang terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.