Pembangkang dakwa kelulusan RUU daripada kerajaan, bajet dilakukan tergesa-gesa

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Kelulusan bagi Rang Undang-Undang ( RUU) daripada kerajaan dan bajet didakwa dilakukan dengan tergesa-gesa setiap kali Persidangan DUN, kata David Wong ( DAP- Pelawan).

Menurut beliau, ia seolaholah tidak membenarkan masa yang cukup untuk membahaskan RUU dan bajet sedangkan kelulusan dalam perkara berkenaan amat penting kerana memberi kesan langsung kepada rakyat.

“Namun kebanyakan wakil rakyat tidak diberi masa dan peluang untuk membincangkan serta meneliti secara rasional di sebalik peruntukan dan pilihan yang kritikal.

“Ini berlaku sekali lagi pada sesi persidangan kali ini, di mana pihak pembangkang hanya diberi RUU pada saat akhir dan kami mahu Ketua Menteri memberi respons mengenai perkara ini dalam ucapan penggulungan,” katanya pada Persidangan DUN di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika berucap membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2018), 2017 yang dibentangkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg pada 8 November lepas.

Wong mendakwa, ia dengan sengaja bagi mengelakkan pembangkang mempunyai masa yang cukup untuk membuat penyelidikan serta memastikan RUU tidak dicabar dalam Dewan.

“Dewan jelas tiada seman- gat meletakkan kepentingan rakyat dan tiada perdebatan sihat mengenai bajet sejak dahulu,” katanya.

Berhubung isu kawasan, Wong memberitahu bahawa beliau telah menyuarakan banyak kali mengenai pembangunan di Sibu terutama berkaitan jalan raya baharu atau jalan penghubung dibina di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.