Projek bekalan air bersih dalam proses akhir pelantikan kontraktor

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Projek bekalan air bersih terawat ke kampungkampung sepanjang Jalan Mentung Marau dan Jalan Mongkos berada dalam proses akhir pelantikan kontraktor.

Menurut Menteri Muda Bekalan Air Datuk Liwan Lagang, surat setuju terima dijangka akan dikeluarkan kepada kontraktor oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) pada bulan ini.

“Kawasan Mentung Marau dan Mongkos telah ditawarkan kepada kontraktor pada 7 November lepas dan tarikh pemilikan tapak pula pada 14 November iaitu semalam,” katanya menjawab pertanyaan Martin Ben (BN-Kedup) pada Persidangan DUN di sini semalam.

Sementara itu ketika menjawab pertanyaan tambahan Martin, beliau berkata skop kerja tersebut meliputi jarak sejauh 150km termasuk stesen penggalak, tangki simpanan air.

Ia dianggarkan menelan kos RM100 juta dan akan disiapkan dalam tempoh dua tahun.

Ia merupakan bekalan air yang dimasukkan dalam Pem- bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS).

Ia melibatkan kira-kira 48 kampung, 18 sekolah termasuk sekolah berasrama iaitu 3,469 keluargadan 20,831 penduduk akan mendapat manfaat daripadanya.

Sementara itu, Menteri Muda Ekonomi Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berkata pihaknya akan melakukan pemerhatian dan penilaian secara terperinci sekiranya melibatkan isu-isu keselamatan jalan raya.

“Sekiranya ia melibatkan kesejahteraan pengguna jalan raya dan komuniti setempat melibatkan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo,” katanya menjawab pertanyaan John Ilus (BN-Bukit Semuja) semalam.

Bagaimanapun, permintaan lorong berjalan sebelum pembinaan jambatan selari di bawah Jambatan Sungai Sadong menghubungkan Kampung Hulu dan Kampung Hilir di Serian itu siap akan dipertimbangkan pihaknya.

Menurutnya, sudah terdapat jalan yang dibuat oleh penduduk kampung untuk menghubungkan kedua-dua belah kampung tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.