Klinik di Telang Usan sering berdepan kekurangan bahan api

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Klinik di Telang Usan sering berdepan masalah kekurangan bekalan bahan api untuk menghidupkan set penjana kuasa menyebabkan klinik berkenaan ‘bergelap’ pada waktu malam.

Dennis Ngau (BN-Telang Usan) berkata jumlah bekalan diesel yang dibekalkan kepada klinik luar bandar yang masih bergantung kepada set penaja kuasa sering tidak mencukupi.

“Bayangkan, apabila ada ahli keluarga anda dimasukkan ke wad untuk pemerhatian pegawai perubatan semalaman, berada dalam keadaan yang gelap dan ‘ menyeramkan’ lebih- lebih lagi apabila mengetahui banyak perkara berlaku di klinik.

“Inilah yang dimaklumkan kepada saya oleh penduduk di konstituensi saya yang pernah mendapat rawatan pada waktu malam,” katanya ketika membahas Bajet Negeri 2018 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Menurutnya jumlah bekalan diesel untuk klinik luar bandar yang bergantung kepada tenaga elektrik daripada set penjana kuasa tidak mencukupi.

Justeru beliau berharap kerajaan melihat perkara ini dengan serius. Pada masa negara membina hospital untuk membantu rakyat negara lain, yang membawa pulangan dari segi pelaburan tetapi kemudahan untuk rakyat kita sendiri mesti diberi keutamaan.

Dalam perkembangan lain, Dennis berkata sektor perumahan perlu dibangunkan di kawasan Pusat Pertumbuhan Luar Bandar (RGC) Long Lama sebagai strategi untuk menarik orang ramai menetap di situ.

“Saya mahu menekankan di sini, selepas bertahuntahun Long Lama dikenal pasti sebagai salah satu RGC di Sarawak, pembangunan di situ lebih lambat daripada kura-kura.

“Ini disebabkan tiadanya aktiviti- aktiviti penduduk di situ untuk merancakkan ekonomi di situ. Situasi ini ibarat telur dengan ayam,” ujarnya.

Beliau percaya dengan sistem jalan raya yang baik antara bandar raya Miri dan Long Lama dengan perjalanan hanya dua jam menggunakan kereta, ramai akan menjadikan bandar Long Lama sebagai tempat tinggal kerana ia dekat dengan tempat kerja mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.