Pertandingan Fotografi sempena Pesta Nanas, 18-26 Nov

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

SARIKEI: Pejabat Residen Bahagian Sarikei dengan kerjasama Kolej Komuniti Sarikei menganjurkan Pertandingan Fotografi sempena Pesta Nanas dan BuahBuahan Sarikei 2017.

Pertandingan itu berlangsung dari 18 hingga 26 November ini dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

Tema adalah ‘Warna-warni Food Basket of Sarawak’ dan penyertaan adalah percuma.

Setiap foto atau gambar diambil pertandingan itu harus berkisar lokasi, sekitar tapak dan aktiviti diadakan sepanjang Pesta Nanas dan Buah-Buahan Sarikei 2017.

Peserta boleh menggunakan telefon pintar atau kamera untuk mengambil gambar bagi menyertai pertandingan.

Syarat utama setiap peserta ingin menyertai pertandingan ini mereka diwajibkan untuk ‘ Like’ pada ‘ page’ Pesta Nanas dan Buah-Buahan Sarikei 2017.

Setiap foto dan gambar dihantar perlu menggunakan link https:// www. facebook. com/pestananas2017/.

Foto dan gambar dimuat naik perlu disertakan dengan nama penuh peserta, nombor telefon bimbit, nombor dan kad pengenalan.

Setiap 50 foto dan gambar terbaik memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM100 setiap satu.

Maklumat lanjut pertandingan ini orang ramai boleh merujuk ‘page’ Facebook Pesta Nanas dan Buah-Buahan Sarikei 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.